Penyokong tegar Anwar bangga dapat hina Agong ketika ‘Live’ Youtube

Penyokong tegar Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Iswardy Morni bertindak biadab dan menderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam program secara langsung di Youtubenya.

Calon Ketua Cabang Petra Jaya PKR Sarawak itu, secara sinis dengan berniat jahat menyindir Raja Permaisuri dan mendakwa Sultan Abdullah tidak mengambil sebarang tindakan ketika krisis pandemik Covid-19 kerana mahu melihat rakyatnya meninggal dunia.

Lebih melampau, Iswardy sambil tersenyum sinis dan seolah-olah bangga dapat mengkritik Tuanku dihadapan 6,0000 penonton yang didakwa bersamanya dalam siaran langsung tersebut.

“Tuanku (Raja Permaisuri) hari itu ada orang buat video pasal saya Tuanku dia kata saya mengutuk Yang di-Pertuan Agong Tuanku dapat tak video itu…. ooo Tuanku, MAEPS dekat serdang (memerli Raja Permaisuri kerana pernah bertanyakan lokasi MAEPS dalam satu ciapan Twitter Baginda).

“Tuanku bangun….bangun, apa yang berlaku dalam Istana sedaplah tidur, Tuanku saya bawa suara rakyat enam ribu orang tuanku tak cakap apa-apa Sultan Johor sudah cakap.

“Tuanku (YDPA) hendak buat apa, pada 2018 tuanku cepat bertindak, (reaksi tepuk tangan), sekarang macam mana bila nak… Tuanku tak apalah tuanku biarlah rakyat Tuanku mati,” dakwanya dalam video langsung berdurasi 40 minit itu.

Dalam pada itu, Iswardy juga mencadangkan dengan cara sinis supaya Tuanku tidak mengikut pendekatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mendepani pandemik Covid-19.

“Muhyiddin bagi cadangan… bagi kenyataan bahawa kita kena duduk di rumah, itu Muhyiddin cakap Tuanku.

“Muhyiddin cakap Parlimen tak buka, Tuanku nak bincang apa kerajaan tak tahu nak buat apa,” dakwanya lagi.

Terpanggil dengan kenyataan biadab itu, seorang penonton bernama Arfaar membalas kepada Iswardy dengan berkata, “Tahu… Kenapa hendak babitkan Raja-Raja pulak”.

Sementara itu menurut Adam Lutfi pula menegaskan, jangan sebarangan menghina kedaulatan institusi Raja sesuka hati demi kepentingan politik semata-mata.

“Amboi main Raja pulak kan… Sekarang dah ada yang kongsi dekat Facebook dan tag PDRM, KDN (Kementerian Dalam Negeri) dan sebagainya,” tegasnya.

Negara sedang melalui tempoh Darurat selepas Yang di-Pertuan Agong berkenan menggunakan kuasa Baginda berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk menguatkuasakan perintah tersebut.

Baginda yakin bahawa Darurat ini merupakan langkah paling berkesan buat masa ini bagi menghadapi pandemik Covid-19 yang kini mencecah angka yang sangat membimbangkan dalam negara.

Tempoh Darurat ini berkuatkuasa sehingga 1 Ogos 2021 atau satu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid- 19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

BERITA BERKAIT
POPULAR