Penyokong PM buat sidang media nyata sokongan, bimbang Zahid buat hal lagi

December 14, 2021 · Politik

Bimbang Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengugat kerajaan sedia ada diterajui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kumpulan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan mengadakan satu sidang media petang ini bagi membuat pendirian mereka.

Sidang media Kelab Penyokong Kerajaan Keluarga Malaysia (BBC) petang ini itu difahamkan bagi menyatakan sokongan mereka kepada pentadbiran Perdana Menteri (PM) dan akan diketuai Pengerusi kelab itu, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Difahamkan sidang media itu diadakan berikutan timbul kebimbangan satu lagi kemelut politik akan berulang seperti sebelum ini apabila terdapat beberapa Ahli Parlimen (MP) BN yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga tumbang.

Untuk rekod, Zahid bersama 15 MP BN sebelum ini menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beberapa individu yang berada dalam kem Ismail Sabri akan turut serta dalam sidang media nanti, ia sebagai simbolik sokongan kepadanya untuk kekal terus memimpin kerajaan sedia.

Sumber Agenda Daily memberitahu sebelum ini, semasa mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang diadakan baru-baru ini selepas keputusan Mahkamah Rayuan melibatkan Datuk Seri Najib Razak dikekalkan, terdapat beberapa ahli MT yang berada dalam kem Zahid mendesak supaya pilihan raya umum (PRU) disegerakan.

Perkara itu membimbangkan kem Ismail Sabri yang berkemungkinan bakal disingkir dan akan menjadi PM tersingkat dalam sejarah.

Terdahulu, Agenda Daily melaporkan kes Najib menjadi topik utama dikalangan ahli MT UMNO yang menghadiri mesyuarat tersebut, majoriti tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan terdapat beberapa ahli MT yang membangkitkan langkah untuk mempercepatkan PRU susulan keputusan Mahkamah Rayuan paginya itu.

Ahli MT yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan terdiri daripada kumpulan sebelah kem Zahid yang diketahui juga berdepan pertuduhan di mahkamah sama seperti yang dihadapi Najib.

Untuk rekod, Zahid dan Najib berdepan puluhan pertuduhan di mahkamah yang sedang berjalan ketika ini.

Mesyuarat MT tersebut juga diadakan dengan tergesa-gesa, Zahid difahamkan mempertahankan Najib selepas keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya.

“Zahid menyatakan rasa simpati terhadap hukuman yang dijatuhkan terhadap Najib, merasakan keputusan tersebut tidak adil dan berat sebelah,” kata sumber.

Dalam jemputan yang dihantar kepada petugas media, sidang akhbar tersebut diadakan pada pukul 6 petang ini di bangunan Parlimen.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Ketua Bahagian Tanjung Piai sahkan ikut PM ke UNGA di Amerika, Mat Maslan nafi
September 13, 2022
PRU-15: Perutusan Khas Muhyiddin
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok