Penyokong mengaji sambil tunggu penamaan calon selesai

November 5, 2022 · Politik

Penuh warna-warni hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini dengan gelombang penyokong pelbagai parti di seluruh negara berkumpul tanda sokongan kepada calon mereka.

Pelbagai gelagat calon dan penyokong dirakam lensa kamera yang berkumpul sejak awal pagi tadi.

Ada yang sibuk bergambar bagi merakamkan detik-detik bersejarah bersama calon, ada yang berborak dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa malah ada juga yang membuat siaran langsung melalui media-media sosial.

Namun ada juga yang memanfaatkan waktu menunggu proses penamaan calon selesai dengan mengaji.

Seorang penyokong di Putrajaya yang dipercayai penyokong Perikatan Nasional (PN) dirakam sedang khusyuk mengaji di tengah-tengah gelombang penyokong parti.

Wanita tersebut mengenakan pakaian berwarna hijau dipercayai Muslimat PAS.

Pagi ini, banyak negeri dilanda hujan malah ada yang sudah menerima hujan sejak semalam tanpa henti.

Bagi penamaan calon kali ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan beberapa larangan termasuk penggunaan semua jenis alat muzik ataupun pembesar suara bagi tujuan dakyah politik, melalui apa cara termasuk menerusi penggunaan kenderaan kerana ia merupakan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Kesemua pusat penamaan calon dibuka sekitar jam 9 pagi tadi di 222 pusat penamaan calon seluruh negara dan ditutup jam 10 pagi tadi.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Popular
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Isu skandal seks, Exco Melaka tampil jelaskan dakwaan yang direka cipta
April 27, 2023
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok