Penyertaan KJ boleh beri nilai tambah kepada Bersatu: Faiz Na’aman

May 19, 2023 · Politik

Bersatu mengalu-alukan pelawaan kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk menyertai parti tersebut, kata Dr Muhammad Faiz Na’aman.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu menyifatkan Khairy sebagai tokoh yang disegani dan berbakat dalam politik, mampu memberi nilai tambah kepada parti khususnya dalam menarik kumpulan belia dan profesional.

“Sudah tentu beliau (Khairy) mampu menarik sokongan bukan sahaja kelompok politik tetapi juga belia, korporat dan sebagainya yang menyukai beliau,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Malah, kempen Perikatan Nasional (PN) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti juga akan lebih berbeza senarionya jika Khairy menyertai dan turun membantu kempen jentera parti.

“Keadaan ini pastinya memberi nilai tambah kepada Bersatu secara khusus dan PN secara amnya dalam persiapan menghadapi enam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi ini.

“Malah, saya sebagai ahli politik muda secara peribadi amat mengagumi beliau dalam beberapa hal,” katanya lagi.

Terdahulu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Khairy telah ditawarkan memegang jawatan ahli MPT Bersatu.

Sementara itu, ditanya mengenai tawaran yang dibuat kepada Khairy oleh Muhyiddin itu mendapat persetujuan parti atau sebaliknya, Muhammad Faiz berkata, barisan kepimpinan memberi mandat sepenuhnya kepada Ahli Parlimen Pagoh itu untuk membuat sebarang keputusan.

“Kita sememangnya sudah menjangkakan pasti ada pelawaan daripada barisan kepimpinan terutamanya Muhyiddin secara peribadi dan kita memberi mandat untuk Tan Sri (Muhyiddin) berhubung dengan Khairy secara formal atau tidak formal,” kata beliau.

Ujarnya lagi, melihat kepada ketokohan politik Khairy di peringkat nasional, bekas Menteri Kesihatan itu disifatkan sebagai layak untuk mendapat tempat dalam barisan MPT mana-mana parti.

Berita berkaitan
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
7 jam lalu· Politik
Muhyiddin sedia kerjasama semula dengan Tun M
7 jam lalu· Politik
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
June 1, 2023· Politik
Gelombang PN tak padam, dijangka kekal dalam PRN: Tuan Ibrahim
June 1, 2023· Politik
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
June 2, 2023
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
June 2, 2023
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
44 minit lalu · Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
4 jam lalu · Politik
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
5 jam lalu · Politik
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
5 jam lalu · Politik
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
24 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok