Penyata laporan pelaksanaan PN BEST disediakan jika jadi kerajaan

November 13, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (Perikatan) akan menyediakan penyata laporan bagi mencatat tawaran dalam manifestonya yang dilaksanakan, sekiranya berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu ini.

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tawaran dikemukakan Perikatan – Prihatin, Bersih dan Stabil – adalah bersifat realistik dan akan dilaksanakan menerusi pelbagai program pembangunan.

Untuk rekod Perikatan Nasional juga akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang dianggotai pakar bagi memantau segala pelaksanaan inisiatif yang ditawarkan itu.

“Setiap pencapaian yang tertulis pada tawaran itu akan dicatat dan dikemukakan dalam bentuk penyata laporan sebagai bukti setiap apa yang dijanji dilaksana sepanjang tempoh pemerintahan.

“Tawaran PN PRU15 Prihatin, Bersih dan Stabil bersifat realistik dan akan dilaksanakan menerusi pelbagai program pembangunan yang sudah pasti dapat
merancakkan pertumbuhan ekonomi negara serta melindungi kebajikan rakyat.

“Insya-Allah tidak ada seorang pun yang ketinggalan dalam menikmati hasil kemakmuran negara,” kata Muhyiddin yang bakal mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada PRU-15, Sabtu ini, dalam satu kenyataan hari ini (13 November 2022).

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata beliau turut merasakan sudah ada gelombang kebangkitan rakyat untuk memilih pemimpin berkelayakan bagi menjunjung amanah dan membawa kesejahteraan kepada masyarakat berbilang kaum.

“Saya menegaskan semua calon Perikatan Nasional amat berpengalaman serta pakar dalam bidang masing-masing dan ini sekali gus memberi kelebihan kepada mereka untuk membawa suara rakyat ke Parlimen nanti,” katanya.

Muhyiddin juga mengulangi seruannya supaya pengundi keluar beramai-ramai membuang undi Sabtu ini, bagi memilih parti yang benar-benar amanah, tidak terlibat dengan rasuah dan penyelewengan, untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Setiap ibu bapa bertanggungjawab membimbing anak-anak mereka memilih pemimpin yang amanah yang dapat menggalas tugas demi pembangunan ummah,” katanya.

Berita berkaitan
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
September 20, 2023· Politik
Peruntukan ditarik balik selepas Syed Saddiq jadi pembangkang
September 19, 2023· Politik
Polis akan panggil penganjur himpunan Selamatkan Malaysia desak dakwa Zahid
September 16, 2023· Isu semasa
Polis siasat dua wakil rakyat PN berhubung himpunan bantah kes rasuah Zahid
September 12, 2023· Politik
Popular
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
7 jam lalu · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
7 jam lalu · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
7 jam lalu · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
16 jam lalu · Politik
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
6 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok