Penyandang kerusi Parlimen BN tanding atas tiket lain langgar perlembagaan: Mahdzir

November 4, 2022 · Politik

Dua penyandang kerusi Parlimen Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Shahidan Kasim dan Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib sudah melanggar perlembagaan UMNO, kata Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Naib Presiden UMNO itu berkata tindakan dua Ahli Parlimen Arau dan Maran itu bakal menyebabkan mereka bakal berdepan pemecatan sebagai ahli, ia ekoran kedua-dua mereka sudah mengumumkan akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

“Kepada rakan-rakan yang sudah keluar dan mengikut kepada parti lain sudah tentulah ada peraturan yang telah disediakan oleh parti itu.

“Kita kira bahawa semua orang tahu dah peraturan-peraturan yang terkandung ataupun peraturan yang menjadi perlembagaan kepada BN.

“Kita cakap macam itu dulu sebab kita sekarang ini sedang menghadapi pilihanraya tapi semua orang sudah tahu bahawa kedudukan tiap-tiap daripada kita ini sebab kita adalah ahli UMNO dan ahli parti dalam komponen BN,” katanya dipetik laporan media.

Untuk rekod, Shahidan dan Ismail semalam diumumkan oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai calon yang akan bertanding atas tiket PN.

Shahidan menang di Parlimen Arau dengan majoriti 4,856 selepas mengalahkan Datuk Dr Abd Rahman Daud (PKR) dan Hashim Jasin (PAS).

Manakala Ismail pula menang di Parlimen Maran dengan majoriti 3,763 menewaskan Hasenan Haron (PAS) dan Ahmad Farid Ahmad Nordin (PKR).

Walau bagaimanapun, pada PRU-15, nama mereka digugurkan oleh UMNO dan digantikan oleh Rozabil Abd Rahman sebagai calon di Parlimen Arau manakala Shahniza Shamsudin pula di Parlimen Maran.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Guna isu banjir elak PRU awal, Zahid kata pembangkang munafik
September 29, 2022
Kabinet minta PM tumpu kepada persiapan banjir, bukan PRU-15: Azmin
October 2, 2022
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok