Pengundi Melayu akan hukum UMNO yang bongkak dan sombong

March 28, 2021 · Politik

Perhimpunan Agung UMNO 2020 (2020) kali ini tidak lebih kepada menonjolkan sikap bongkak dan sombong pemimpin dalam parti itu yang terus mendabik dada dengan tanggapan pengundi Melayu akan menyokong mereka dalam pilihan raya umum.

Keyakinan setinggi langit dengan ucapan berapi-api pemimpin atasan UMNO kononnya parti itu akan disokong kembali, tidak terlupa tukang ampu dan bodek Presiden bersorak seakan histeria untuk merampas kuasa semula di Putrajaya.

Kata-kata “Kerusi UMNO milik UMNO selama-lamanya” sudah cukup menunjukkan bahawa UMNO meletak perpaduan orang Melayu sebagai perkara kedua dan yang lebih penting adalah untuk mendapatkan kuasa.

Lebih pelik, tidak pula ada perwakilan dalam UMNO ini berbicara tentang wang RM500 juta yang didakwa disalurkan menerusi syarikat yang diasaskan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini disalahguna kepimpinan parti untuk bermewah-mewah.

Perwakilan UMNO nampaknya lebih dibuai dengan angan-angan yang dibawa oleh pemimpin atasan mereka, kononnya UMNO perlu menjadi parti induk dan jawatan Perdana Menteri adalah milik mereka.

Sama lah seperti sebelum ini, UMNO dengan bongkak dan sombong seolah-olah jawatan Perdana Menteri adalah milik mereka selama-lamanya tetapi yang terjadi adalah UMNO tersembam dan hilang kuasa kerana terlalu diyakinkan dengan janji manis pemimpin mereka.

Seperti tidak serik dengan pengalaman yang lalu, pemimpin UMNO kini kembali dengan sikap yang sama dan tidak memperdulikan nasib dan masa depan rakyat yang memerlukan perhatian kerajaan yang stabil.

Pengundi khususnya pengundi orang Melayu tidak lagi bodoh, mereka akan menilai setiap sikap dan tingkahlaku bongkak yang ditunjukkan pemimpin UMNO semasa PAU ini. Jika mereka merasakan orang Melayu akan kembali menyokong mereka, kesilapan sama akan berulang.

Begitu lah sikap UMNO, “diberi betis hendak paha”, bukan kah UMNO kini juga sebahagian daripada kerajaan yang memerintah ini, tidak cukup diberi jawatan menteri dan timbalan menteri, menteri besar di beberapa buah negeri tetapi UMNO meminta pula hendak menjadi Perdana Menteri.

Pimpinan PAS pastinya tidak selesa dengan sikap bongkak yang dipamerkan UMNO ini, seolah-olah mereka yang terpaksa berpaut kepada UMNO walhal tujuan kerjasama yang dijalinkan adalah demi perpaduan dan kesatuan orang Melayu Islam bukan semata-mata untuk kuasa.

Rasa jengkel di kalangan pimpinan PAS juga semakin membuak-buak dengan kenyataan UMNO yang berkehendakkan jawatan Perdana Menteri.

Belum pun gendang pilihan raya bermula, UMNO sudah menyatakan jawatan Perdana Menteri adalah milik mereka dan selain parti lain tidak layak untuk memegang jawatan tersebut. Begitu lah sikap UMNO, semuanya milik mereka dan menggunakan alasan agama serta bangsa untuk tujuan memanipulasi minda kaum Melayu.

Insaf dan bertaubat lah UMNO, usah lah setiap hari berzikir “kerusi” dan “jawatan perdana menteri” kerana orang Melayu sudah muak dengan mereka yang gila kuasa dan memperalatkan mereka demi kerakusan segelintir pemimpin dalam UMNO.

Jika pilihan raya lalu mereka tersungkur, tidak mustahil kali ini mereka akan hancur musnah hanya kerana tamak haloba sudah menguasai diri.

Berita berkaitan
MP PKR mahu Anwar perbetulkan kesilapan, pertikai lantikan anak
2 jam lalu· Politik
Dalam wawancara media antarabangsa, Anwar disoal berhubung isu kes rasuah Zahid
3 jam lalu· Politik
Pertemuan dengan RoS, Mat Maslan kata UMNO pertahan usul tiada pertandingan
January 31, 2023· Politik
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023· Isu semasa
Popular
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
February 1, 2023
Tiada UMNO pun nasib agama, bangsa Melayu tetap dibela
February 1, 2023
Azmin MB jika PN menang PRN Selangor?
February 1, 2023
Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata
February 1, 2023
Lagi Politik terkini
Bersatu bidas kerajaan campuran tekan musuh politik, siasatan SPRM kerana fitnah
1 jam lalu · Politik
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
4 jam lalu · Politik
Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata
4 jam lalu · Politik
Anak beranak jaga perbendaharaan, Malaysia bukan milik Anwar sahaja
5 jam lalu · Politik
MB Kedah kata pelik bila PM lantik anak jadi penasihat kanan negara
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
27 minit lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok