Pengundi Larut mahu Hamzah kekal, lompat parti bukan isu

November 7, 2022 · Politik

Pengundi Larut masih mahukan khidmat penyandangnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen itu meskipun kali ini beliau sudah berada di bawah payung Perikatan Nasional (PN).

Memetik laporan FMT, rata-rata pengundi puas hati dengan prestasi Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri sementara itu.

Pengundi kali pertama, Fazri Zidan, 24 berkata dia lebih melihat tanggungjawab seorang pemimpin itu bukannya parti dan tidak melihat isu lompat parti sebagai isu besar.

“Kami pilih pemimpin yang ada tanggungjawab dan berwibawa, kita tak tengok parti tetapi tengok individu. Setakat ini Hamzah okay, buat kerja dan kami puas hati dengan prestasi beliau di Larut setakat ini

“Walaupun pemimpin itu lompat parti, jangan tengok dia melompat kita tak nak undi dia. Mungkin dia lompat kerana kebaikan rakyat, jadi kita tengok di situ,” katanya.

Dalam pada itu, Fazri yang merupakan anak jati Selama mahu kawasan itu dimajukan setanding daerah-daerah lain di Perak.

“Pekan Selama ini terpencil, duduk di hujung Perak, banyak orang tak tahu sebenarnya tempat ini. Jadi naikkanlah Selama ini di mata luar.

“Ada kedai-kedai baru buka dah cukup bagi kami, sekurang-kurangnya anak muda ada peluang pekerjaan dan tak perlu keluar daerah untuk bekerja,” katanya yang mengakui pembangunan di Larut tidak begitu pesat namun terdapat banyak pembaharuan sejak lima tahun kebelakangan ini.

Sementara itu, dua lagi pengundi Larut yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Abu dan Makcik Hasnah turut mengakui Hamzah sebagai pemimpin mesra dan mudah membantu orang kampung.

“Kami mahu dia terus jadi wakil rakyat kami,” kata mereka yang menjadi mangsa banjir kilat baru-baru ini juga memberitahua Hamzah antara pemimpin terawal yang datang melawat dan memberi sumbangan.

Pada PRU-15 ini, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu berdepan saingan empat penjuru menentang Shafiq Fhadly Mahmud (BN), Zolkarnain Abidin (PH) dan Auzaie Fadzlan Shahidi (Gerakan Tanah Air).

Berita berkaitan
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023· Politik
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
December 1, 2023· Isu semasa
Tiada guna undang-undang anti lompat, takkan Speaker nak isytihar kerusi kosong
November 11, 2023· Rencana
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
2 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok