Pengundi Cina masih sokong DAP walaupun sudah bersama UMNO, kata pemimpin

May 20, 2023 · Politik

Sokongan pengundi Cina dijangka tidak berubah pada Pilihan Raya Negeri (PRN)  kepada DAP walaupun sudah menjalinkan kerjasama dengan UMNO, kata Nga Kor Ming.

Naib Pengerusi DAP itu yakin sokongan padu masyarakat Tionghua kepada DAP kekal kuat walaupun kini sudah tidur bersama UMNO, malah kerjasama tersebut dilihat mengukuhkan lagi peluang mereka untuk mendekati pengundi kaum Melayu.

“Baru-baru ini, Bank Negara mengumumkan pembangunan ekonomi negara dalam suku tahun pertama 2023 berjaya mencatatkan 5.6 peratus, sekali gus menjadikan Malaysia negara yang mengalami pertumbuhan ekonomi paling pesat di Asia mengatasi Indonesia, Vietnam, China dan Korea Selatan.

“Apabila UMNO dan DAP berpolitik secara matang dan bersikap profesional, ia berjaya menyatukan masyarakat berbilang kaum dalam negara ini dan perkembangan positif sedemikian amat penting dalam usaha gigih kita membina negara Malaysia Madani.

“Ini adalah peluang amat positif untuk DAP mendekati kaum lain. Apabila parti politik kerajaan berazam fokus untuk membangunkan ekonomi, memupuk perpaduan nasional serta membela keharmonian kaum dan agama, Malaysia telah kembali ke landasan yang betul dan peluang mengembalikan kecemerlangan negara semakin menyerlah,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Sementara itu, Bendahari DAP Selangor, Dr. Ong Kian Ming pula berkata, tidak timbul isu sokongan parti itu akan berkurang sebaliknya ia menjadi nilai tambah bagi DAP mendekati lagi kepelbagaian kaum bagi mewujudkan parti yang bukan sahaja dipimpin kaum tertentu.

“Kerajaan Perpaduan te­lah memberi satu mesej jelas iaitu pasukan yang menyeluruh yang mendapat sokongan segenap lapisan masyarakat. Orang muda lebih kepada mesej positif dan dengan ini saya rasa ada kemungkinan orang muda akan terus memberi sokongan kepada parti dalam gabungan.

“Kesannya, ia menjadi nilai tambah kepada semua parti untuk menarik pengundi daripada sesiapa sahaja. Contohnya, saya lihat Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang dianjur minggu lalu menunjukkan kerjasama baik. Ini petanda baik yang mana kerjasama ini boleh dilanjut dengan baik selepas pilihan raya negeri,” kata bekas Ahli Parlimen Bangi itu.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP Pusat, Ronnie Liu berkata, beliau yakin dan percaya bahawa semua ahli politik kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia sudah menerima konsep Kerajaan Perpaduan kerana semua pihak mahukan kestabilan politik.

“Jadi, kalau dalam pilihan raya negeri akan datang selagi BN dan Pakatan Harapan (PH) bekerjasama, saya rasa orang Cina, India yang dahulunya tidak sokong UMNO akan sokong UMNO. Orang Melayu yang dahulu tidak sokong PH pula akan sokong PH.

“Ini kerana mereka semua sudah menerima konsep Kerajaan Perpaduan yang diilham bermula daripada Raja-Raja Melayu. Semua mahukan politik dan ekonomi kembali stabil,” katanya.

Berita berkaitan
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
3 minit lalu· Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
12 minit lalu· Politik
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
25 minit lalu· Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
12 jam lalu· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
11 jam lalu · Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
11 jam lalu · Politik
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
14 jam lalu · Politik
Pihak sokong Proklamasi Melayu kerjasama masa pilihan raya
15 jam lalu · Politik
MP DAP gesa tarik gelaran ‘Tun’ diberi kepada Dr Mahathir
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok