Pengundi Cina dah meluat dengar Anwar bercakap

November 13, 2022 · Politik

Calon Perikatan Nasional (Perikatan) Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata pengundi Cina di kawasan Parlimen itu tidak percaya dengan tuduhan yang dilemparkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung drama air mata mengenai jawatan Timbalan Speaker membabitkan dirinya.

Malah, beliau berkata, pengundi-pengundi Cina di Batu Pahat juga meluat dengan kempen yang menggunakan kaedah menghentam peribadi individu.

Menurutnya, rata-rata pengundi Cina di Parlimen ini kenal diri beliau selepas empat tahun menjadi wakil rakyat di sini.

“Ada yang bertanya, (peniaga) Cina kedai buah-buahan dia kata, datuk saya bila dengar Anwar cakap macam itu saya meluat. Itulah perspektif masyarakat Cina,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Santai Anak Muda Johor bersama Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Terbuka di Taman Seri Penggaram, Batu Pahat, semalam.

Mohd Rashid turut menyifatkan, kempen yang dijaja oleh Anwar mengenai dirinya itu sebagai cerita dongeng.

Kelmarin, media melaporkan Anwar mendakwa Mohd Rashid pernah menangis dan merayu kepadanya untuk mendapatkan jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat ketika berada dalam kerajaan PH.

Perkara itu diucapkan oleh Anwar ketika berceramah di tapak pasar malam Bukit Pasir, di sini.

Bagaimanapun pada Jumaat, Rashid menegaskan tidak wujud drama sebagaimana yang didakwa oleh Anwar.

Katanya, pemilihan beliau ke jawatan itu dibuat berdasarkan undian setelah dicadangkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
4 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
17 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
3 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
8 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
11 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
12 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok