Pengorbanan penjawat awam dibalas dalam tawaran PN BEST

November 11, 2022 · Politik

Perikatan Nasional sentiasa menghargai peranan dan tugas yang dilaksanakan oleh penjawab awam, khususnya ketika negara berdepan pandemik Covid-19, sejak hampir dua tahun lalu.

Sehubungan itu, dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini, Perikatan Nasional membuat 10 tawaran kepada penjawat awam, sekiranya diundi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan pada 19 November ini.

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan penjawat awam adalah tulang belakang negara yang sentiasa bertungkus-lumus menjalankan tugas.

“Saya amat menghormati tugas penjawat awam. Saya tidak sesekali masuk campur urusan kerja penjawat awam mengikut kehendak saya. Segalanya mestilah mengikut dasar dan peraturan.

“Bagi saya penjawat awam adalah antara tulang belakang negara. Ketika krisis Covid-19, merekalah yang bertungkus lumus berkhidmat untuk negara, termasuk sebagai petugas barisan hadapan.

“Saya nak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh anggota pentadbiran kerajaan dan penjawat awam. Jasa dan pengorbanan anda semua tak boleh saya lupakan ketika menghadapi zaman yang getir ketika itu,” katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri yang bertanggungjawab menangani pandemik Covid-19 itu berkata Perikatan Nasional menawarkan 10 tawaran khas kepada penjawat awam jika dapat membentuk Kerajaan Persekutuan, selepas 19 November ini.

Tawaran Perikatan Nasional kepada penjawat awam.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
4 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
17 jam lalu· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
18 jam lalu· Rencana
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
3 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
9 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
11 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
12 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
20 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok