Pengkhianatan terbesar politik Melayu bila UMNO, DAP sekatil

March 11, 2023 · Politik

Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal melabelkan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membentuk Kerajaan Persekutuan sebagai “pakatan tidak suci”.

Menyentuh DAP dan UMNO khususnya, Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Machang itu berkata kedua-dua parti itu adalah rakan sekatil yang pelik sambil menyatakan ianya adalah “pengkhianatan terbesar dalam politik Melayu”.

“Pakatan tidak suci ini adalah hasil kerja senyap Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) sendiri bersama pemimpin tertinggi Pakatan Harapan dalam tempoh yang lama.

“Sementara UMNO meneroka kerjasama politik dengan Perikatan Nasional, mereka juga bersekongkol dengan Pakatan Harapan pada masa yang sama,” katanya berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Armada di Menara PGRM, hari ini (Sabtu, 11 Mac 2023).

Wan Ahmad Fayhsal berkata Ahli Parlimen kerajaan jarang menyebut nasib Melayu dan Bumiputera di Dewan Rakyat dan hanya pemimpin PN yang terus lantang bersuara mengenainya.

Beliau berkata ini adalah petanda politik Melayu sedang memasuki “zaman kegelapan”.

“Wakil Melayu yang minimum dalam institusi perundangan pada peringkat Persekutuan menyebabkan naratif Melayu menjadi semakin tidak ketara, dan semakin terancam untuk menjadi sempit atau alternatif.

“Malah, jika legislatif bercakap tentang kepentingan Melayu, program dan inisiatif Melayu, serta dasar dan undang-undang pro-Melayu, ia dianggap asing, atau tidak cukup inklusif untuk politik di Malaysia pada masa ini,” tambahnya.

Berita berkaitan
Tak ada dibuat kerajaan di dunia kawal harga makanan siap masak: Rafizi
March 21, 2023· Isu semasa
Tambang kapal terbang mahal tiada penyelesaian, mana janji PRU dulu?
March 21, 2023· Isu semasa
Perlu pertahankan kerajaan campuran dengan UMNO, kata DAP
March 19, 2023· Politik
Polis nafi wujud rancangan himpunan besar-besaran untuk tumbangkan kerajaan
March 19, 2023· Isu semasa
Popular
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
March 23, 2023
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
March 23, 2023
Lagi Politik terkini
Mampukah Zahid, pasukan baharu UMNO kikis imej perasuah, sakau?
23 minit lalu · Politik
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
2 jam lalu · Politik
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
10 jam lalu · Politik
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
22 jam lalu · Politik
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok