Pengikut Anwar tak puas hati tuduhan Rafizi, nafi cuba ubah keputusan

July 5, 2022 · Politik

Susulan tuduhan dibuat oleh Timbalan Presiden PKR baharu, Rafizi Ramli menyebabkan seorang pengikut tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berpuas hati dengan tohmahan dilempar kepadanya.

Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, bekas pembantu Presiden PKR menyangkal tuduhan Rafizi kononnya ada kumpulan cuba menuntut audit digital bagi memastikan dirinya tidak disahkan sebagai Timbalan Presiden.

“Laporan dan aduan terhadap kepincangan yang berlaku dalam pemilihan parti telah dibuat oleh ratusan anggota dan calon-calon atas keputusan yang dilihat tidak munasabah. Usaha untuk menegakkan ketelusan dan keadilan ini bukanlah usaha saya seorang.

“Sejak dari awal telah wujud persoalan tentang keberadaan syarikat pengendali aplikasi mudah-alih Adil yang digunapakai untuk pengundian atas talian (PAT) dalam pemilihan parti kali ini, di mana individu-individu yang terlibat terkait rapat dengan dirinya dan gerakan Ayuh Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Rafizi awal hari ini mengecam segelintir pemimpin yang kalah pada pemilihan parti itu baru-baru ini dengan memetik nama Farhash.

“Saya telah menjelaskan secara dalaman pandangan saya bahawa motif sesetengah pihak seperti Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak terus mempersoalkan pemilihan parti adalah serampang dua mata, iaitu:

“Pertama, untuk cuba mengubah keputusan supaya saya dan beberapa orang lain yang menang bersama saya tidak disahkan oleh Kongres Nasional.

“Kedua, untuk membina persepsi kononnya kemenangan saya dengan jurang yang besar ialah disebabkan manipulasi besar-besaran,” kata Rafizi.

Bagaimanapun, Farhash mempertahankan dakwaannya dengan berkata terdapat bukti yang jelas proses pemilihan dan pengiraan undi yang dilakukan secara rahsia terbuka kepada manipulasi dan penipuan akibat dari itu dan ia sepatutnya ditolak oleh parti dari awal lagi, namun dibiarkan.

Katanya, tuntutan pihaknya seperti juga apa yang parti telah perjuangkan dalam gerakan menuntut pilihan raya yang bersih, telus dan adil berjaya memastikan sekurang-kurangnya pengiraan undi dalam pilihan raya umum dan negeri dilakukan secara telus, di hadapan ramai saksi, supaya tidak berlaku manipulasi.

“Tetapi agak pelik apabila Rafizi kini mempersoalkan, malah mengkritik dengan melemparkan fitnah ke atas tuntutan kami untuk ketelusan dijamin dengan semua undi, termasuk undi atas talian dibuat pengiraan semula di hadapan saksi, bukan secara rahsia seperti yang telah dilakukan.

“Jika benar segala formula dan kaji selidik yang dilakukan Rafizi seperti dinyatakannya, dia sendiri harus berlaku telus dan memastikan bahawa dia dan pasukannya tidak menang dengan cara yang tidak betul,” katanya.

Untuk rekod, lebih dari 122,000 anggota parti dari 147,000 yang mendaftar untuk mengundi, telah memilih untuk mengundi di atas talian menggunakan aplikasi Adil.

Rafizi hari ini diisytihar secara rasminya sebagai Timbalan Presiden PKR yang baharu menewaskan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam pemilihan parti.

Berita berkaitan
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Popular
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Hanya untuk parti meterai perjanjian dengan PH saja, Rafizi beritahu Muda
February 9, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
PM disekat daripada berucap pada Konvensyen BN Sabah esok?
July 1, 2022
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
16 jam lalu · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
16 jam lalu · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
16 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok