Pengganti Rafiq diumum dalam masa terdekat: Hamzah

November 26, 2021 · Politik

Pengganti Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen sebagai Pengerusi Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) Melaka akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Setiausaha Agong Bersatu itu berkata keputusan untuk melantik pengganti Rafiq akan dibincang dengan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemilihan calon pengganti yang layak dan berkemampuan untuk menggalas tanggungjawab sedang diperhalusi.

“Kita baru saja terima (surat peletakan jawatan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen) hari ini dan kita ucapkan terima kasih kepada beliau.

“Insya-Allah kita akan umumkan dalam masa terdekat selepas dipersetujui Presiden,” katanya dipetik laporan media hari ini.

Hamzah terdahulu merasmikan Persidangan Tahunan Bersatu Bahagian Larut di Taiping.

Mohd Rafiq mengumumkan meletakkan jawatan Pengerusi Bersatu Melaka dan Pengerusi PN Melaka berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput berkata, peletakan jawatan itu bagi memberi peluang kepada pemimpin baharu untuk mengetuai BERSATU dan PN Melaka supaya mempunyai masa yang cukup bagi membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok