Pengeluaran KWSP: Lebih baik Anwar baca PN BEST, kata Radzi Jidin

November 8, 2022 · Politik

Pengeluaran wang daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar sememangnya tidak ada dalam manifesto Perikatan Nasional (PN BEST) yang dilancarkan 6 November lalu.

Sebaliknya perkara berkenaan dinyatakan oleh Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjawab soalan dalam sesi libat urus selepas pelancaran PN BEST di Shah Alam.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Tawaran Perikatan Nasional Datuk Dr Radzi Jidin meminta Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim membaca buku manifesto PN BEST sebelum mengeluarkan kenyataan mengenai KWSP itu supaya tidak memberi maklumat salah.

“Beliau (Anwar) tak baca manifesto. (Oleh itu) saya seru Datuk Seri Anwar Ibrahim, bacalah dahulu baru beri komen,” katanya ketika ditemui pemberita selepas turun berkempen di pasar malam Presint 2, di Putrajaya hari ini (Selasa, 8 November 2022).

Dr Radzi yang juga calon Perikatan Nasional bagi kerusi Parlimen Putrajaya berkata, Anwar wajar meneliti manifesto lawan sebelum mengeluarkan sebarang pandangan.

“Jadi saya harap pihak media boleh bantu secara jelas. Apabila nak buat sesuatu kita ambil pelbagai aspek dan terbuka untuk menerima pandangan,” kata Radzi yang juga Naib Presiden Bersatu.

Anwar pada Isnin menyindir cadangan Perikatan Nasional untuk melaksanakan penilaian semula pengeluaran KWSP secara bersasar sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas PRU-15.

Presiden PKR berkata, tawaran PN itu dilihat jelas cuba menekan rakyat yang ketika ini terhimpit akibat kemelesetan ekonomi hingga menyebabkan kenaikan mendadak harga barangan.

Sebelum ini, dalam sesi libat urus itu, Muhyiddin berkata Perikatan Nasional bersedia mempertimbangkan untuk membenarkan pengeluaran KWSP secara bersasar jika dipilih oleh pengundi menjadi Kerajaan Persekutuan selepas 19 November ini.

Menurutnya walaupun pengeluaran KWSP tidak dimasukkan ke dalam manifesto tetapi ia akan dikaji setelah menerima permintaan daripada orang ramai.

“Antara perkara yang berbangkit ialah minta supaya abah ni benarkan lagi sekali pengeluaran KWSP. Tak ada dalam manifesto… tapi dulu pun kita buat pun tak ada dalam manifesto… insya-Allah bila mana kita menang antara perkara yang kita akan lihat balik semula ialah tentang KWSP bersasar.

“Kalau kita lihat yang dahulu, kita dah benarkan berapa kali… I-Sinar, I-Lestari… walaupun awalnya agak sukar tapi lepas itu dipersetujukan,” katanya menjawab soalan peserta pada dialog selepas melancarkan Tawaran PN BEST bertemakan “Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang” yang merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
1 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
2 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
13 jam lalu· Politik
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
14 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
1 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
6 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
7 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
7 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
8 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok