Pengarah Pilihan Raya PAS sokong PRU15 pada 2023

May 5, 2021 · Politik

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor menyokong cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilaksanakan setelah cukup penggal Dewan Rakyat pada 2023.

Katanya, cadangan itu perlu diberi perhatian ketika semua pihak kini bergerak seiringan untuk memastikan ancaman Covid-19 di negara ini dapat diatasi segera.

Beliau berkata, dalam keadaan sekarang, tiada pihak yang bersedia untuk mengulangi ‘kesilapan’ seperti yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, sebelum ini di mana kes Covid-19 meningkat disebabkan PRN itu.

“Ya, saya sokong cadangan Tun. Dalam keadaan sekarang ini, siapa yang berani keluar mengundi? Mengundi ini bukan sekadar keluar memangkah semata-mata.

“Banyak perlu diuruskan antaranya petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ramai dan ini menjadi antara perkara yang perlu menjadi pertimbangan,” katanya.

Memetik laporan Utusan Malaysia beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman Alor Setar, hari ini.

Hari ini, Tun Dr Mahathir dilaporkan berpendapat PRU15 tidak sesuai diadakan pada tahun ini ekoran situasi pandemik Covid-19 yang kian membimbangkan.

Malah, beliau percaya pelaksanaan PRU pada tahun ini hanya akan mengakibatkan penularan jangkitan lebih dahsyat.

Mengulas lanjut Menteri Besar Kedah itu berkata, mungkin akan ada beberapa perkara yang menghalang proses pengundian daripada berlaku jika PRU diadakan tahun ini.

“Antaranya berkaitan dengan mereka yang dijangkiti Covid-19, adakah mereka akan dibenarkan mengundi dengan mengenakan pakaian pelindung diri (PPE).

“Pembangkang mungkin akan kata bahawa saya menyokong cadangan ini kerana mahu lebih lama menjadi Menteri Besar. Itu biasalah tuduhan dari mereka tetapi apa yang lebih penting, kita perlu pertimbangkan semua perkara-perkara ini agar tidak mendatangkan mudarat kepada semua pihak terutamanya rakyat,” katanya.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
PAS bidas propaganda Kit Siang main isu PM bukan Melayu
December 11, 2023· Rencana
Popular
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
MP UMNO Kalabakan bakal sertai GRS? Pemuda dakwa dipinggirkan
May 6, 2023
UMNO dah tak marah Adam dulu bawa turun bendera Najib, kata Akmal
May 14, 2023
Kenapa pula UMNO tak boleh bersama DAP, kata Zahid pertahan kerjasama
June 7, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok