Penganjur ceramah pembangkang kena kompaun RM3,000 langgar SOP PRN

March 2, 2022 · Politik

Susulan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, penganjur ceramah Pakatan Harapan (PH) dikenakan kompaun RM3,000 malam tadi.

Kompaun tersebut dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bahru kepada penganjur parti pembangkang tersebut yang dihadiri pemimpin utama mereka, antaranya Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Ketua DAP Johor, Liew Chin Tong, Setiausaha Agung MUDA, Amira Aisya Abd Aziz dan calon DUN Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad.

Ceramah tersebut diadakan di Bilik Operasi Utama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar, Taman Mutiara Rini, Skudai.

Menurut wakil penganjur, kompaun itu dikeluarkan atas tiga kesalahan, iaitu penceramah tidak memakai pelitup muka semasa berucap, tiada penjarakan fizikal dan tidak menyediakan laluan keluar masuk serta kod MySejahtera untuk diimbas hadirin.

“Mereka kenakan tiga kompaun kepada penganjur, setiap satu RM1,000 dan rayuan boleh dibuat,” katanya dipetik laporan media.

Rundingan dengan pegawai kesihatan juga gagal apabila kompaun tetap diteruskan kepada pihak penganjur.

Sementara itu, seorang daripada pegawai PKD memaklumkan pihaknya telah memaklumkan penganjur supaya mematuhi semua SOP pada petang tadi.

Sebelum ini, beberapa pemimpin politik, termasuk Barisan Nasional (BN) dan MUDA dikompaun atas kesalahan gagal mematuhi SOP.

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
5 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok