Pendedahan Zaharin timbul tanya, PM mengadap Agong hari ini?

October 3, 2022 · Politik

Ketua cawangan UMNO dipecat, Datuk Zaharin Mohd Yasin membuat pendedahan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memohon pembubaran Parlimen.

Zaharin mendakwa kononnya Ismail Sabri akan ditemani Datuk Seri Ahmad Maslan mewakili (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi akan pergi ke Istana Negara menghantar surat bagi meminta Parlimen dibubarkan segera.

Tangkap layar kenyataan Zaharin itu juga tular dalam platform media sosial lain dan ia menimbulkan spekulasi bakal tercetus satu lagi drama politik yang tidak berkesudahan.

Setakat ini, tiada sebarang penafian daripada Setiausaha Agung UMNO mahupun kenyataan rasmi menafikan dakwaan Zaharin tersebut.

Namun, ia menimbulkan minat pengamal media yang berkemungkinan akan berkampung di hadapan Istana Negara bagi membuat liputan berhubung dakwaan Zaharin tersebut.

Malah, kenyataan Zaharin itu juga menghangatkan lagi suasana politik tanahair selepas UMNO pada Jumaat lepas membuat pendirian agar Ismail Sabri mempersembahkan dengan kadar segera cadangan pembubaran Parlimen kepada Agong yang mahu ia diadakan juga pada tahun ini.

“Khabar cerita esok pagi (Isnin) Datuk Seri Ismail Sabri diiringi oleh Datuk Seri Ahmad Maslan mewakili (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi akan pergi ke Istana Negara menghantar surat bagi meminta Parlimen dibubarkan segera,” kata Zaharin semalam.

Bagaimanapun tiada sebarang pengesahan mengenai perkara berkenaan apatah lagi, menurut Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Perdana Menteri pergi menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan mandat oleh jemaah menteri bukan mandat Presiden UMNO.

Beliau berkata, perkara itu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu jemaah menteri boleh menasihatkan Perdana Menteri untuk tujuan tersebut.

“Perlembagaan dengan jelas menyatakan yang menasihat Yang di-Pertuan Agong adalah jemaah menteri. Perdana Menteri pergi menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan mandat oleh jemaah menteri bukan mandat Presiden UMNO,” katanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilapor berkata, UMNO tidak mempunyai kuasa untuk mendesak Ismail Sabri membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU-15.

Beliau berkata, Ismail Sabri mempunyai majoriti sokongan dan kemampuan untuk membuat keputusan akhir.

“UMNO ada 38 ahli Parlimen. Dalam sistem, 38 ahli Parlimen tidak boleh paksa (buat keputusan). Keputusan harus dibuat Perdana Menteri, sekiranya Perdana Menteri mempunyai kekuatan dan boleh bertindak dengan waras sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
4 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok