Pendedahan Tajuddin tak mengejutkan, ‘kluster mahkamah’ sanggup lakukan apa sahaja

July 3, 2022 · Politik

Bersatu tidak terkejut dengan pendedahan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mendakwa terdapat beberapa pemimpinnya yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri (PM) sebelum ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman berkata sememangnya sudah dakwaan Tajuddin tersebut sudah dihidu lebih awal, malah ia sudah diketahui sejak tular rakaman perbualan telefon antara Anwar dengan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini lagi.

“Pendedahan Duta Besar Malaysia ke Indonesia baharu itu tidaklah mengejutkan sebahagian besar kami kerana perihal itu sudah dihidu.

“Sama ada secara langsung atau tidak terutama apabila wujud dan tersebar rakaman perbualan telefon antara ‘guru dan anak murid’ ketika PAU (Perhimpunan Agung UMNO) sedang berlangsung,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Menurut Faiz, pendedahan Tajuddin yang dipecat daripada Majlis Tertinggi (MT) UMNO secara tidak langsung menunjukkan pemimpin “kluster mahkamah” sanggup melakukan apa sahaja untuk melepaskan diri mereka daripada pertuduhan yang dihadapi.

“Ia sekali lagi mengesahkan Presiden UMNO dan pengikutnya sekarang sanggup melakukan apa saja untuk melepaskan diri daripada kes mahkamah serta kembali berkuasa secara solo tanpa semak imbang, seperti 60 tahun mereka berkuasa hingga negeri majoriti Melayu/Bumiputera seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Sabah tidak semaju lain,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini, Tajuddin mengakui ada menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong Anwar semasa krisis politik tahun lalu selepas diarah Presiden UMNO, Zahiddan turut menamakan bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Razak turut melakukan perkara sama.

Anwar mengakui kewujudan SD tersebut bagaimanapun terdapat syarat sokongan yang dibuat Najib supaya kes mahkamah mensabitkan bekas PM itu “tidak diteruskan”.

Tajuddin semasa sidang media khasnya berkata walaupun, pemimpin UMNO melaung-laungkan “No DAP, No Anwar” sebaliknya mereka menandatangani SD menyokong Anwar menjadi PM tahun lalu.

Tajuddin itu berkata terpaksa akur pada arahan dan menandatangani SD itu selepas bermasam muka dengan Zahid kerana tidak menyokong Anwar.

Berita berkaitan
Ismail Sabri buat kerja sebab itu pembangkang marah: Shahidan
28 minit lalu· Politik
Skandal LCS, PH kesal dengan cara UMNO layan tentera ikut suka hati
1 jam lalu· Politik
Peguam Najib pilih tak kemuka hujahan selepas permohonan ditolak
2 jam lalu· Isu semasa
Saya doakan Najib dan keluarga tabah, kata Hishammuddin
20 jam lalu· Politik
Popular
Asyraf kritik keputusan dalam kes Najib, boleh dituduh hina mahkamah
August 17, 2022
PAS hanya mahu menumpang kekuatan UMNO: Mustapha
August 18, 2022
Saya doakan Najib dan keluarga tabah, kata Hishammuddin
August 17, 2022
UMNO kecewa mahkamah tolak permohonan Najib, kata Zahid
August 17, 2022
Lagi Politik terkini
PRU-15: BN sasar menang 20 kerusi Parlimen di Johor
1 jam lalu · Politik
Hamzah sahkan PN sudah mohon tarikh baharu jumpa Ismail Sabri
2 jam lalu · Politik
PAS terbuka kerjasama dengan mana-mana parti kecuali PH: Tuan Ibrahim
2 jam lalu · Politik
Jangan terlalu selesa dengan kemenangan besar sebelum ini: Hasni
2 jam lalu · Politik
PAS hanya mahu menumpang kekuatan UMNO: Mustapha
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok