Pendedahan dokumen PASleaks, Annuar persoal dimana wujud kesalahannya?

April 23, 2022 · Politik

Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa menyifatkan dokumen ‘PASLeaks’ yang didakwa mengandungi perancangan sulit untuk menjatuhkan pemimpin UMNO bukan sesuatu yang luar biasa dan tidak perlu diperbesarkan.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata berdasarkan pemahamannya setelah meneliti dokumen itu, ia hanyalah catitan pemimpin PAS dalam mencari fakta mengenai pandangan beberapa pemimpin parti lain, lapor Bernama.

“Saya tidak tahu dokumen itu benar atau tidak. Katakanlah ia benar, pada saya ia bukan satu perkara macam ada perancangan, pada saya, tidak. Pada pemahaman saya ia catatan-catatan ‘siri libat urus’ yang mereka (pemimpin PAS) buat dalam ‘fact finding’.

“PAS cuba memahami apakah pandangan daripada tokoh-tokoh pelbagai parti, ada daripada UMNO ada daripada Pejuang dan sebagainya,” katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai isu berkenaan di Alor Setar semalam.

Beliau berkata sekiranya dokumen itu benar dan kandungannya boleh dianggap sebagai perancangan untuk menjatuhkan UMNO, ia juga bukan perkara yang luar biasa kerana sudah menjadi kelaziman bagi setiap parti yang berlawan dalam pilihan raya ingin menjatuhkan lawan masing-masing.

“Kecuali parti itu berada dalam gabungan kita dan tiba-tiba dia buat perkara yang menentang kita. Itu peliklah. Tapi kita, UMNO yang mengisytiharkan tidak bersama dengan mereka (PAS) dalam pilihan raya akan datang.

“Jadi kalau mereka sedang membuat penilaian untuk mengetahui apa yang mereka patut lakukan, pada saya itu perkara lazim dan kita tidak ada hak untuk mempertikaikan,” katanya.

Beliau berkata memandangkan kesahihan dokumen itu tidak dapat ditentukan, adalah lebih baik pihak-pihak yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan perkara itu bertanya secara bersemuka kepada pemimpin PAS dan bukannya melalui media sosial.

“Saya suka berbincang, berjumpa secara langsung, bercakap secara spekulasi ini kadang-kadang tak sampai ke mana-mana. Sebab itu pada saya tidak perlu kita memperbesar-besarkan dan kita cari jalan.

“Kalau kita rasa nak dapatkan maklumat tepat kita boleh jumpa dan mereka berada bersama-sama kita dalam kerajaan,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok