Pendakwaan terhadap Muhyiddin cetus persoalan: Ulasan Tun Faisal

March 11, 2023 · Politik

Selepas membaca enam pertuduhan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, beberapa persoalan timbul dalam fikiran saya:

1. Adakah wang sumbangan dari pihak swasta atau pihak bukan kerajaan yang dimasukkan ke dalam akaun sebuah parti politik dianggap sebagai rasuah atau dana politik?

2. Bagaimanakah sumbangan wang dari sumber perniagaan sah yang dimasukkan ke dalam akaun parti politik yang berdaftar dan diaudit boleh dianggap sebagai kegiatan mengubah wang haram?

3. Bagaimanakah seorang yang bukan autoriti ke atas sesuatu projek kerajaan, boleh dikatakan melakukan rasuah sedangkan ganjaran tidak diberikan kepada dia, tidak masuk akaun peribadinya dan dia sendiri tidak menerima wang tunai daripada syarikat terbabit sebaliknya sumbangan tersebut dimasukkan ke dalam akaun parti. Bolehkah ia dipanggil salah guna kuasa dan rasuah?

4. Adakah dana politik sudah dianggap sebagai sesuatu yang haram?

5. Adakah sesebuah parti politik, dalam kes ini disebut sekutu, boleh menjadi penerima rasuah dan pihak yang berkaitan tugas rasmi? Ini pelik..

Sepintas lalu, saya rasa banyak perbezaan di antara kes Muhyiddin dengan kes-kes yang membabitkan pemimpin UMNO, iaitu:

1. Kes rasuah RM2 juta dan RM1 juta Tengku Adnan;

2. Kes rasuah dan penggubahan wang haram SRC-Najib;

3. Kes rasuah dan penggubahan wang haram 1MDB-Najib; dan

4. Kes rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram Zahid dalam Yayasan Akalbudi dan visa China Ultra Kirana Sdn Bhd.

Apakah perbezaannya? Berdasarkan maklumat yang diterima setakat ini melalui media massa:

1. Tugas rasmi

  • Jana wibawa: Muhyiddin sebagai PM bukan pihak yang mempunyai autoriti dalam projek ini. Ia adalah di bawah kuasa dan tugas rasmi Menteri Kewangan, iaitu Tengku Zafrul, seorang menteri UMNO dan bukan Bersatu.
  • Pengecualian cukai yayasan: Muhyiddin, sebagai PM bukan pihak yang berautoriti, sebaliknya LHDN dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul yang merupakan menteri UMNO dan bukan menteri Bersatu.

Sedangkan dalam kes:

  • Rasuah RM1 juta dan RM2 juta Tengku Adnan: Ku Nan adalah pihak berautoriti, iaitu Menteri Wilayah Persekutuan dan hal berkaitan tanah dan penambahan ratio plot adalah berkaitan tugas rasminya.
  • Kes SRC-Najib: KWAP, merupakan entiti di bawah pengawasan menteri Kewangan dan SRC merupakan syarikat di bawah Kementerian Kewangan. Najib merupakan Menteri Kewangan dan pihak berautoriti terhadap KWAP dan SRC.
  • Kes 1MDB-Najib: 1MDB adalah syarikat kerajaan di bawah Kementerian Kewangan. Najib merupakan Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. Dalam soal pelaburan, Najib merupakan Perdana Menteri yang diperlukan persetujuannya dalam sebarang komitmen kewangan 1MDB termasuk aktiviti pelaburannya;
  • Kes visa China-Zahid: Hal berkaitan imigresen adalah di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri. Zahid ketika itu adalah Menteri Dalam Negeri; dan
  • Kes Yayasan Akalbudi: Yayasan Akalbudi dimiliki oleh Zahid dan zahid merupakan penandatangan tunggal cek Yayasan Akalbudi. Urusan berkaitan Yayasan Akalbudi adalah tugas rasmi Zahid.

2. Sumber wang

  • Jana Wibawa – Wang daripada syarikat swasta dan individu;
  • Pengecualian cukai yayasan – Wang daripada syarikat swasta;
  • Kes rasuah RM1 juta dan RM juta Ku Nan: Wang daripada syarikat swasta;
  • Kes SRC-Najib – Wang dari sumber kerajaan (dana KWAP) dan SRC (syarikat milik kerajaan);
  • Kes 1MDB-Najib – Wang daripada syarikat milik kerajaan dan pinjaman yang dijamin oleh kerajaan;
  • Kes visa China – Wang daripada syarikat swasta; dan
  • Kes Yayasan Akalbudi – Wang daripada pelbagai sumber.

Kes SRC dan 1MDB, jelas pengalihan wang dipertikaikan kerana wang yang terbabit adalah daripada sumber-sumber kerajaan.

3. Akaun pihak yang menerima sumbangan;

  • Jana Wibawa: Akaun parti Bersatu, yang tidak dimiliki oleh Muhyiddin dan bukan penandatangan tunggal. Muhyuddin bukan pihak yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi Jana Wibawa dan Kementerian Kewangan;
  • Pengecualian cukai yayasan: Akaun parti Bersatu, yang tidak dimiliki oleh Muhyiddin dan bukan penandatangan tunggal. Muhyiddin bukan pihak yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi LHDN dan Kementerian Kewangan;
  • Kes rasuah RM1 juta Ku Nan: Wang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Ku Nan, pihak yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi (Menteri Wilayah Persekutuan);
  • Kes rasuahRM2 juta Ku Nan: Wang dimasukkan ke dalam akaun syarikat yang Ku Nan mempunyai kepentingan. Ku Nan ketika itu merupakan pihak yang berkaitan tugas rasmi (Menteri Wilayah Persekutuan);
  • SRC: Akaun Najib, melalui akaun beberapa syarikat sebelum masuk ke akaun pihak yang berkaitan tugas rasmi (Menteri Kewangan) dan kemudian memasuki akaun pelbagai pihak, termasuk parti politik UMNO dan komponen BN, pemimpin politik UMNO dan pembiayaan peribadi;
  • 1MDB: Didakwa masuk ke dalam akaun Najib, didakwa melalui akaun beberapa syarikat di luar negara, termasuk Petrosaudi, Good Star dan IPIC, kemudian didakwa disalurkan kepada pelbagai pihak, termasuk parti politik, pemimpin politik dan pembiayaan peribadi;
  • Visa China: Didakwa diberikan dalam bentuk tunai secara bulanan kepada Zahid yang merupakan pihak yang berkaitan tugas rasmi (Menteri Dalam Negeri); dan
  • Yayasan Akalbudi: Akaun Yayasan Akalbudi milik pihak berautoriti (Menteri Dalam Negeri) yang disebut oleh pendakwa sebagai penandatangan tunggal, di mana didakwa juga wang yayasan telah digunakan termasuk untuk pembiayaan peribadi dan di luar skop yayasan.

Adakah ketiga-tiga kes ini sama?

Bagi saya ada banyak bezanya. Jadi perlu dibezakan sama ada ia adalah rasuah atau dana politik, dan keduanya, adakah dana politik itu dibenarkan dari segi undang-undang atau telah menjadi sesuatu yang diharamkan?

Terbukti dalam kes rasuah RM2 juta Ku Nan, wang ‘kick back’ telah diberikan kepada pihak yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi, dan telah diterima sebagai dana politik walaupun wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun syarikat Ku Nan, dan bukan akaun parti.

Pelik tak?

Tun Faisal Ismail Aziz,
Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.

Dipetik dari Facebook Tun Faisal Ismail Aziz. Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PRU-15: Perutusan Khas Muhyiddin
November 18, 2022
Dulu kata Dr M mahazalim, sekarang siapa mahazalim, mahafiraun?
March 13, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok