Pendakwa kanan digugur, kita boleh nampak kes Zahid menuju arah mana: Azmin

August 9, 2023 · Politik

Pengguguran pendakwa raya kanan dalam kes rasuah melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah isyarat jelas kes tersebut berkemungkinan juga akan terlepas begitu sahaja, kata Datuk Seri Azmin Ali.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor itu berkata langkah kerajaan campuran menukar Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran daripada kes Zahid itu menunjukkan perbicaraan itu sedang menuju ke arah mana selepas ini.

“Hari ni kita dengar pendakwa raya kanan telah pun digugurkan, kes sedang disemak semula.

“Saya percaya saudara KJ (Khairy Jamaluddin) dan saudara Shahril (Shahril Hamdan) faham ke mana nak pergi ini?

“Saya sebut tadi Mahkamah Tinggi telah mengesahkan ada kes prima facie, jadi nak semak apa? Peguam Negara yang sama yang mendakwa beliau dan peguam negara yang sama nak menyemak semula kes ini?” katanya semasa wawancara dalam program Keluar Sekejap yang dihoskan bersama Khairy dan Shahril.

Terdahulu, NST melaporkan Raja Rozela, yang dilihat mengajukan soalan bertalu-talu terhadap Zahid semasa perbicaraan sebelum ini, tidak hadir sejak Isnin minggu lepas, dan juga tidak berada di mahkamah ketika perbicaraan disambung pada Rabu.

Jelas Azmin lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mementingkan kestabilan diri sendiri untuk terus berkuasa dan terpaksa berkompromi dengan anak muridnya, Zahid sehingga melantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan mencampuri urusan perundangan negara.

“Apa yang saya lihat hari ni adalah kestabilan untuk menjaga kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri bukan soal kestabilan negara,” ujarnya lagi.

Zahid berdepan 47 pertuduhan – 12 pecah amanah (CBT), lapan rasuah, dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik YAB.

Antara pertuduhan CBT ialah beliau didakwa menjelaskan hutang kad kreditnya menggunakan YAB melalui 44 keping cek berjumlah kira-kira RM1.3 juta antara Januari 2013 dan Disember 2016.

Berita berkaitan
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
3 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
3 jam lalu· Politik
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
16 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
16 jam lalu· Isu semasa
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
16 jam lalu · Politik
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
16 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
23 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok