Pencalonan Peter Anthony ditolak, penyokong merusuh di Tenom

November 5, 2022 · Politik

Penyokong Parti Kesejahteraan Masyarakat Demokratik (KDM) merusuh di Tenom, Sabah selepas mendapat berita kertas pencalonan Presidennya, Datuk Peter Anthony ditolak.

Difahamkan, dalam kejadian 10 pagi itu, Peter hadir di Dewan DSP Antanom untuk mendaftarkan diri sebagai calon bagi kerusi Parlimen Tenom.

Namun penyokongnya berang selepas pendaftaran Peter ditolak dan merusuh hingga memaksa pasukan polis melepaskan gas pemedih mata.

Beberapa rakaman video turut tular di media sosial yang menunjukkan kekecohan yang berlaku di luar perkarangan pusat penamaan calon itu.

Menurut laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali ketika mengesahkan kejadian berkenaan.

“Pasukan polis yang dihantar untuk berkawal di dewan penamaan calon terpaksa mengambil tindakan sepatutnya.

“Keadaan dapat dikawal dengan baik bahagian di luar dewan berkenaan tanpa sebarang insiden tidak diingini,” katanya.

Peter merupakan bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah memalsukan surat untuk kontrak kerja penyelenggaraan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Beliau bagaimanapun memohon penangguhan pelaksanaan hukuman dan sabitan yang dibenarkan oleh mahkamah sama pada 1 Ogos lalu.

Berita berkaitan
Ribuan rakyat Kedah sambut Sanusi di lapangan terbang
July 18, 2023· Politik
Kit Siang boleh saman, banyak lagi maklumat akan keluar: Annuar
July 9, 2023· Politik
Kes Adib: 17 lelaki terlibat dalam rusuhan kuil dibebaskan
June 27, 2023· Isu semasa
Kenapa penyokong DAP diam? Nur Jazlan persoal sokongan kepada UMNO
June 5, 2023· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
24 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok