Penasihat sendiri kritik Ismail Sabri tak tukar peguam negara

August 27, 2022 · Politik

Penasihat Khas Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, hari ini (27 Ogos 2022) membidas bosnya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berhubung pelantikan peguam negara (AG).

Bercakap pada taklimat khas UMNO di Pusat Dagangan Dunia di ibu negara Azalina berkata di bahagian lain dunia, seorang perdana menteri akan melantik “orangnya sendiri” untuk menjadi AG.

Pada Oktober tahun lalu, Ismail Sabri melantik Azalina sebagai penasihat khas Perdana Menteri mengenai undang-undang dan hak asasi manusia.

Memetik NST, beliau berkata disebabkan kuasa besar yang dipegang, adalah masuk akal bagi seorang perdana menteri untuk memilih AG dalam kalangan ‘orangnya’ sendiri untuk jawatan itu.

“Di mana-mana negara, sesiapa yang menjadi perdana menteri akan memilih orangnya sendiri untuk menjadi AG.

“Saya sudah menjadi ketua bahagian UMNO lebih 20 tahun. Sudah tentu setiausaha bahagian adalah orang saya sendiri, begitu juga ketua penerangan kerana saya melantik mereka.”

Beliau berkata dalam mana-mana negara demokrasi, pelantikan AG adalah mengikut suara kepimpinan.

Azalina, yang merupakan Ahli Parlimen Pengerang, turut mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan prosiding selepas menukar pasukan peguam bagi mewakilinya.

“Kenapa kita tak boleh tukar peguam? Kalau dia bersalah, walaupun dia tukar peguam 10 kali, dia tetap bersalah.

“Jadi apa yang boleh kita lakukan sekarang? Kita mesti berjuang. Jika anda cukup berani, mari kita lawan hari ini,” katanya kepada ahli UMNO yang membalas dengan sorakan dan tepukan kuat.

Azalina berkata hukuman terhadap bekas Presiden UMNO itu baru-baru ini bukanlah yang terakhir dalam kalangan pemimpin UMNO.

Berita berkaitan
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
September 26, 2023· Politik
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023· Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023· Politik
PMX akan jawab kes rasuah anak murid dihentikan di Parlimen: Laporan
September 18, 2023· Politik
Popular
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
October 3, 2023
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Anwar perlu gugurkan Menteri Kewangan dalam rombakan Kabinet, gesa MCA
October 3, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai penting sebagai isyarat jelas kepada kerajaan gagal: Muhyiddin
10 jam lalu · Politik
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
11 jam lalu · Politik
Zahid sebelum ini kata ada rombakan Kabinet, tapi PM pula kata belum ada keputusan
11 jam lalu · Politik
Anwar perlu gugurkan Menteri Kewangan dalam rombakan Kabinet, gesa MCA
11 jam lalu · Politik
Menteri Agama sudah jumpa MP DAP tafsir al-Quran, beri nasihat
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
6 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok