Penamaan calon PRU-15 mulai jam 9 hingga 10 pagi Sabtu ini: SPR

November 1, 2022 · Politik

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan bahawa kertas penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, hanya boleh diserahkan dari 9 pagi hingga 10 pagi, Sabtu ini (5 November 2022).

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata kertas pencalonan itu mesti diserahkan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya di 222 pusat penamaan calon yang ditetapkan.

Beliau berkata semua kertas pencalonan itu mesti dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong, atau mana-mana dua orang daripada mereka, atau mana-mana seorang daripada mereka.

“Bagi melancarkan proses penamaan calon, SPR menyarankan kepada bakal-bakal yang ingin bertanding dalam PRU-15 dan PRK DUN Bugaya agar mengisi borang dan membuat semakan awal di Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara sebelum hari penamaan calon,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (1 November).

Ikmalrudin turut menasihatkan semua bakal calon supaya membayar deposit lebih awal dan membawa resit pembayaran itu ditunjukkan sebagai bukti pembayaran.

“Ini bertujuan untuk memastikan semua proses penamaan calon dapat diselesaikan lebih awal dan berjalan lancar,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bakal-bakal calon supaya membawa surat kelulusan menggunakan simbol parti yang diwakili ketika mengemukakan kertas pencalonan.

“Pada hari penamaan calon, hanya calon, pencadang dan penyokong sahaja dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon. Orang awam dan penyokong mereka dilarang menunggu atau mesti berada 50 meter dari pusat berkenaan,” katanya.

Ikmalrudin berkata penggunaan semua alat muzik atau pembesar suara dalam apa jua cara untuk tujuan kempen politik adalah tidak dibenarkan kerana ia merupakan satu kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Beliau berkata SPR juga menyeru semua calon dan parti yang terlibat supaya sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan serta tatakelakuan dan arahan yang dikeluarkan oleh SPR, polis dan pihak berkuasa tempatan pada hari penamaan calon.

Hari penamaan calon PRU-15 ditetapkan pada 5 November, manakala pengundian awal pada 15 November dan pengundian pada 19 November.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
3 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
16 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
2 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
7 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
10 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
11 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
1 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok