Penafian kerjasama UMNO-PKR masih jadi tanda tanya: Annuar

March 26, 2021 · Politik

Penafian oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan PKR, masih lagi menjadi tanda tanya kepada sebahagian besar ahli akar umbi dan kepemimpinan.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, berkata masih wujud berita yang bercanggah dan samar-samar mengenai penafian dan kerjasama itu.

“Ada yang kata Presiden UMNO ada berbincang dengan PKR. Ada yang kata, ada surat dan tandatangan berpakat menyokong Anwar Ibrahim.

“Anwar sendiri kata ada jumpa tapi tiada pakatan. Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula kata perjumpaan biasa-biasa sahaja,” katanya.

Kebelakangan ini desas-desus mengatakan UMNO berkemungkinan menjalin kerjasama dengan PKR semakin kuat dengan ketua pembangkang, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mendedahkan telah wujud perbincangan tidak rasmi antara kedua-dua parti itu.

Dua hari lalu, Zahid menafikan UMNO akan bekerjasama dengan PKR untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, sebaliknya hanya akan berjuang bersama parti yang menggunakan bendera Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, Annuar berkata, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan bermula esok, adalah medan terbaik untuk Zahid menjelaskan mengenai desas-desus kerjasama antara UMNO dan PKR.

Beliau berkata, ia bagi menjelaskan pelbagai khabar angin dan kenyataan yang dibuat pelbagai pihak mengenai perkembangan terbaharu kedua-dua parti itu dalam persediaan menghadapi PRU Ke-15 kelak.

“Saya fikir Presiden UMNO mempunyai peluang yang terbaik ketika PAU diadakan kerana akan ada Ucapan Dasar Presiden. Saya faham sememangnya ada kesamaran, tanda tanya, ada berita yang bercanggah. Ada yang kata Presiden (UMNO) ada berbincang dengan PKR. Ada yang kata ada surat dan tandatangan berpakat menyokong Anwar Ibrahim,” katanya.

Perhimpunan Agung UMNO 2020 secara hibrid akan diadakan selama dua hari bermula esok selepas setahun ditangguhkan susulan pandemik Covid-19.

Berita berkaitan
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
4 jam lalu· Politik
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
4 jam lalu· Politik
Anwar pertimbang bertanding di kawasan Parlimen lain pada PRU-15
17 jam lalu· Politik
Pengurus bank sahkan RM1 juta diterima Sharir daripada Najib
17 jam lalu· Isu semasa
Popular
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 12, 2022
Nizar layak tanding di Pekan tatkala Najib kemuka rayuan akhir kes SRC
August 12, 2022
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
August 12, 2022
Skandal LCS: Mat Maslan kata tak rasa UMNO akan kalah dalam PRU-15
August 11, 2022
Lagi Politik terkini
Pindaan perlembagaan UMNO tangguh pemilihan belum selesai: RoS
20 minit lalu · Politik
Nizar layak tanding di Pekan tatkala Najib kemuka rayuan akhir kes SRC
43 minit lalu · Politik
Skandal LCS: Mat Maslan kata tak rasa UMNO akan kalah dalam PRU-15
August 11, 2022 · Politik
Bersatu serah memorandum kepada Agong minta RCI kapal tak siap
August 10, 2022 · Politik
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
August 10, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok