Pemuda UMNO pula desak supaya Tajuddin dipecat

April 4, 2021 · Politik

Belum reda perang mulut antara dua pemimpin utama UMNO Datuk Seri Tajudin Rahman dengan Datuk Seri Shahidan Kassim, sekarang Pemuda UMNO pula mendesak supaya Tajuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya Umum UMNO dipecat.

Seorang Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata Tajuddin langsung tidak membuat kerja yang sepatutnya mengemudi jentera di akar umbi sebaliknya lebih banyak memecahbelah jentera parti di bahagian-bahagian.

“Beliau tidak tahu langsung mengemudi gerakan jentera PRU, sebaliknya memecahbelahkan lagi jentera-jentera di bahagian.

“Semasa beliau ke Lembah Pantai dan Parlimen Tangga Batu, kenyataan-kenyataan beliau bukan ke arah strategi parti, sebaliknya hanya banyak sembang kosong dan tidak membantu jentera parti,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga menyangkal dakwaan Tajuddin yang mengatakan kononnya bekas ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hilang selepas kekalahan  Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu.

“Saya juga ingin menempelak kenyataan beliau yang menyatakan Khairy Jamaluddin tidak turun membantu Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Saya saksi yang beliau hadir dan turun di setiap PRK serta turun membantu calon-calon BN sepanjang PRK. Beliau fokus di tempat-tempat ceramah. Cuma tidak bersama di ceramah Muafakat Nasional sahaja. Itupun bukan beliau tidak mahu hadir. Masing-masing punya peranan sepanjang PRK,” katanya lagi.

Menurut Muhamad Muqharabbin lagi, selepas berakhir Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berakhir baru-baru ini banyak makluman negatif dari rakyat terhadap BN diterimanya.

“Saya mendapat maklumbalas negatif yang banyak dari rakyat berkenaan BN.

“Ya, ramai yang rindukan BN, tapi mereka tidak suka dengan perangai dan muka-muka pemimpin yang lama. Bukan mereka tidak berjasa, tetapi, rakyat mahu BN menampilkan calon-calon baru yang lebih wibawa demi kemenangan PRU 15,” ujarnya.

Shahidan dan Tajuddin kini bertegang urat berhubung isu kerjasama UMNO dan Bersatu dalam PRU akan datang.

Terdahulu Tajuddin berkata kenyataan Shahidan bahawa keputusan untuk keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (BN) terletak di tangan setiap anggota parlimen dan bukan Majlis Tertinggi, sebagai bodoh.

Hari ini, Shahidan mendakwa Tajuddin cuba membuat gerakan menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden parti pada tahun lalu.

Berita berkaitan
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
8 jam lalu· Politik
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
8 jam lalu· Politik
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
11 jam lalu· Isu semasa
Anwar akhirnya akui  ada SD Najib sokong jadi PM, Tajuddin bercakap benar
12 jam lalu· Politik
Popular
Anwar akhirnya akui  ada SD Najib sokong jadi PM, Tajuddin bercakap benar
June 30, 2022
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
June 30, 2022
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
June 30, 2022
Tajuddin sukar pertahan Pasir Salak tanpa sokongan UMNO: Pakar politik
June 30, 2022
Lagi Politik terkini
Bersatu beri sokong kuat kepada PM tangani inflasi, kos sara hidup rakyat
8 jam lalu · Politik
Dr Mahathir mungkin bertanding semula di Langkawi jika tiada pengganti
16 jam lalu · Politik
DAP bidas Shafie tak berprinsip kerana mahu kerjasama dengan parti menang
16 jam lalu · Politik
Tajuddin sukar pertahan Pasir Salak tanpa sokongan UMNO: Pakar politik
18 jam lalu · Politik
Zahid, cikgu dan Najib dicabar bersumpah pendedahan Tajuddin
June 29, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
6 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok