Pemuda UMNO pertikai peruntukan banyak kepada sekolah persendirian Cina

April 29, 2023 · Politik

Peruntukan yang diumumkan kerajaan campuran kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dipertikaikan Pemuda UMNO.

Ketua Pemudanya, Dr Muhamad Akmal Saleh membandingkan peruntukan yang diberikan kepada SMPC itu dengan Sekolah Agama (SA) kerana dilihat tidak seragam, selain ia menimbulkan beberapa persoalan dari segi purata jumlah diberikan.

“Jika penentuan peruntukan kerajaan mengikut purata bilangan sekolah, Pemuda UMNO menggesa kerajaan menyemak semula kadar peruntukan purata SMPC untuk diseragamkan dengan peruntukan kepada institusi pendidikan agama dan bakinya perlu diberikan kepada sekolah menengah aliran kebangsaan yang secara jelas untuk semua kaum dan berpaksikan silibus kebangsaan,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya.

Kenyataan itu sebagai mengulas peruntukan RM15.7 juta diluluskan Perdana Menteri bagi SMPC dan RM150 juta diperuntukkan kepada sekolah tahfiz serta institusi pondok.

Dr Muhammad Akmal yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, jika dilihat secara terperinci, RM150 juta diperuntukkan bagi 1,276 sekolah berdasarkan institusi sekolah agama berdaftar, sekali gus bermakna setiap satu sekolah hanya mendapat RM117,500 saja.

Bagaimanapun, beliau berkata, peruntukan RM15.7 juta bagi SMPC itu diagihkan kepada 63 sekolah dengan setiap sekolah mendapat bantuan RM250,000.

Katanya, dari segi Perlembagaan kedudukan institusi SA dan SMPC adalah tidak sama yang mana peruntukan pendidikan agama diberikan menerusi Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) dan bukannya Kementerian Pendidikan (KPM).

“Ia menunjukkan punca kuasa kewujudan institusi itu mengikut peruntukan Perlembagaan. Maka, apakah kriteria penentuan jumlah peruntukan kepada institusi pendidikan agama dan SMPC? Berdasarkan kriteria apakah jumlahnya ditentukan? ” katanya lagi.

Beliau turut mencadangkan mana-mana institusi yang tidak dapat beroperasi kerana kekurangan dana diserap ke dalam sekolah aliran kebangsaan.

“Jika alasan peruntukan diberi kepada SMPC atas faktor kekurangan dana, maka kami mencadangkan mana-mana SMPC yang tidak mampu menjalankan operasi ini diserapkan dalam sekolah aliran kebangsaan.

“Saya percaya lebih banyak sekolah aliran kebangsaan yang daif dan lebih memerlukan bantuan dana daripada SMPC yang kita semua maklum ia dibiayai secara persendirian oleh pihak swasta tanpa memerlukan dokongan kerajaan,” katanya.

Dr Muhammad Akmal berkata, pendirian Pemuda UMNO dalam isu berkenaan tidak pernah berubah dan mahu penjelasan yang tuntas dalam perkara itu.

Berita berkaitan
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
4 jam lalu· Politik
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
6 jam lalu· Politik
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
6 jam lalu· Politik
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
June 1, 2023· Politik
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023
Muhyiddin sedia kerjasama semula dengan Tun M
June 2, 2023
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
3 jam lalu · Politik
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
3 jam lalu · Politik
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
5 jam lalu · Politik
Muhyiddin sedia kerjasama semula dengan Tun M
6 jam lalu · Politik
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
June 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
22 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok