Pemuda UMNO cadang KJ dilantik sebagai TPM, bukan Tok Mat

November 9, 2022 · Politik

Jika Khairy Jamaluddin Abu Bakar berjaya memenangi kerusi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November ini, mungkin UMNO boleh menimbang untuk melantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) selepas ini.

Cadangan itu disuarakan Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin yang meminta partinya menimbang untuk melantik Khairy menjadi pemimpin nombor dua negara dan bukannya Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan atau dikenali sebagai Tok Mat.

“Saya percaya, seandainya ini dapat dijanjikan, rakyat Malaysia dan pengundi muda khususnya akan melihat sebuah jaminan perubahan besar parti UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Saya melihat bagaimana Khairy begitu diterima orang Sungai Buloh, seolah-seolah kini hanya Sungai Buloh sahaja yang ada pilihan raya.

“Ini jelas, kenapa KJ (Khairy) diterima oleh setiap golongan lapisan masyarakat. Ini adalah kerana kejayaan luar biasa beliau di setiap kementerian yang ditunjanginya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, secara tradisinya seorang TPM yang dilantik dalam kerajaan adalah individu yang memegang jawatan Timbalan Presiden dalam sesebuah parti tersebut.

Selain itu, Muqharabbin berkata, orang muda mahu melihat perubahan landskap politik dalam setiap parti, justeru BN perlu berani menonjolkan dinamik dengan memberi ruang kepada pemimpin muda seperti Khairy.

“Saya yakin, seandainya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang sudah diputuskan parti sebagai Perdana Menteri, berani dan yakin meletakkan Khairy sebagai calon Timbalan Perdana Menteri, Saya percaya sepenuhnya, dengan izin Allah, Barisan Nasional akan menang besar.

“Ini kerana Malaysia akan dipimpin oleh pemimpin yang berwibawa di peringkat lokal bahkan juga antarabangsa,” katanya lagi.

Terdahulu, Khairy menyuarakan hasrat memimpin UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri, satu hari nanti.

Pertama kali menyatakannya secara terbuka, Khairy menggunakan pentas ceramah di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh malam tadi, bagi meraih sokongan pengundi di Parlimen itu untuk memilihnya pada PRU-15 nanti.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
6 minit lalu· Politik
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
38 minit lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
49 minit lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
11 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
11 jam lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
13 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
16 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
17 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
18 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok