Pemuda UMNO akan berusaha buktikan DAP bukan anti Melayu

May 21, 2023 · Politik

UMNO akan membuktikan DAP bukanlah ‘raksasa anti-Melayu’ seperti yang ditanam dalam pemikiran rakyat sejak dulu lagi.

Ketua Pemudanya, Akmal Saleh berkata penyertaan DAP dalam kerajaan perpaduan boleh menjernihkan sentimen DAP anti-Melayu.

“Sejak kita menjadi kerajaan perpaduan, kita perlu membuktikan kepada rakyat bahawa apa yang mereka percaya (tentang DAP anti-Melayu) adalah salah dan terpesong,” katanya dalam temu bual dengan Sinar Harian.

Sentimen anti-Melayu itu sering dijadikan modal oleh pemimpin UMNO sendiri dalam menyerang DAP sebelum ini.

Namun kini UMNO dan DAP bekerjasama dalam kerajaan campuran yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Januari lalu, pemimpin DAP, Dr Ong Kian Ming dilaporkan berkata beliau tidak menafikan kerjasama antara UMNO dengan DAP itu adalah jalan pintas bagi parti berkenaan meraih lebih ramai sokongan orang Melayu.

Bekas Ahli Parlimen Bangi itu berpandangan, sebahagian besar akar umbi DAP masih menolak kerjasama berkenaan namun sanggup melakukannya demi masa depan yang lebih cerah.

Berita berkaitan
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
5 jam lalu· Politik
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
7 jam lalu· Politik
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
8 jam lalu· Politik
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
June 1, 2023· Politik
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
June 2, 2023
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
June 2, 2023
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Dana judi : Parti politik disiasat jangan panik, kata Azalina
6 minit lalu · Politik
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
1 jam lalu · Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
5 jam lalu · Politik
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
5 jam lalu · Politik
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok