Pemuda PAS : UMNO jangan halang kami bekerjasama dengan Bersatu

March 29, 2021 · Politik

Pemuda PAS menyatakan pendirian untuk meneruskan kerjasama mereka dengan Bersatu walaupun rakan mereka dalam Muafakat Nasional (MN), UMNO membuat keputusan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) baru-baru ini untuk memutuskan kerjasama.

Ketuanya, Senator Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata mereka komited untuk meneruskan agenda penyatuan orang Melayu Islam khususnya bersama Bersatu walaupun tanpa UMNO kerana perjuangan mereka adalah merentas politik kepartian atau agenda untuk mendapatkan kuasa semata-mata.

“Meskipun UMNO telah meluluskan usul untuk tidak bersama dengan BERSATU dalam PRU15 dan akan menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional pada bila-bila masa sahaja daripada hari ini.

“Kami pemuda PAS akan terus komited untuk berunding demi agenda Perpaduan Ummah dalam kalangan anak muda bagi konteks yang lebih besar dan merentasi politik kepartian serta agenda mendapatkan kuasa semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairil Nizam juga mengharapkan UMNO agar tidak menjadikan isu kerjasama mereka dengan Bersatu sebagai satu polemik untuk mengeruhkan hubungan bersama dalam MN dan menyatakan kesediaan mereka untuk meneruskan usaha ke arah perpaduan ummah.

“Saya berharap agar keputusan yang telah dibuat oleh UMNO dalam PAU 2020 ini tidak akan menjejaskan Muafakat Nasional PAS dan UMNO serta tidaklah pula menjadi salah satu penghalang kepada agenda Perpaduan Ummah yang diperjuangkan oleh PAS khususnya bersama Bersatu melalui Perikatan Nasional serta NGO dan NGI yang lain

“Kepada semua Pemuda PAS di seluruh negara, teruskan usaha murni terhadap penyatuan ummah. Ia adalah milik seluruh umat Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini!” katanya.

Berita berkaitan
Bersatu bidas kerajaan campuran tekan musuh politik, siasatan SPRM kerana fitnah
2 minit lalu· Politik
MP PKR mahu Anwar perbetulkan kesilapan, pertikai lantikan anak
29 minit lalu· Politik
Dalam wawancara media antarabangsa, Anwar disoal berhubung isu kes rasuah Zahid
2 jam lalu· Politik
Pertemuan dengan RoS, Mat Maslan kata UMNO pertahan usul tiada pertandingan
23 jam lalu· Politik
Popular
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
February 1, 2023
Tiada UMNO pun nasib agama, bangsa Melayu tetap dibela
February 1, 2023
Saya pula dipecat oleh ‘UMNO Zahid Sdn Bhd’, kata Tun Faisal
January 31, 2023
Azmin MB jika PN menang PRN Selangor?
February 1, 2023
Lagi Politik terkini
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
3 jam lalu · Politik
Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata
3 jam lalu · Politik
Anak beranak jaga perbendaharaan, Malaysia bukan milik Anwar sahaja
4 jam lalu · Politik
MB Kedah kata pelik bila PM lantik anak jadi penasihat kanan negara
5 jam lalu · Politik
Azmin MB jika PN menang PRN Selangor?
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
14 jam lalu
[VIDEO] Rekod banduan tetap ada walaupun diampunkan
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok