Pemuda PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas UMNO yang mula putus kerjasama MN

February 14, 2022 · Politik

Kritikan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor terhadap UMNO dipertahan Dewan Pemuda PAS Kedah yang disifatkan sebagai teguran untuk menyedarkan mereka.

Ketua Penerangannya, Adnan Yusof berkata pandangan Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah itu berasaskan fakta dan bukan auta kerana UMNO sendiri yang sudah memutuskan hubungan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) di Kelantan dan Terengganu sebelum ini.

“Pertama, Sanusi memuji sikap dan sifat wakil UMNO dalam kerajaan Kedah yang tiada masalah sekaligus mampu memberi kestabilan kepada kerajaan negeri dan hasilnya pelaburan negeri Kedah adalah yang tertinggi di Malaysia hari ini hasil kestabilan politik dan juga sikap UMNO di Kedah.

“Kedua, dalam mengeluar kenyataan sepanjang pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, UMNO yang galak menyerang kesemua parti lain dan kelihatan marah melenting dan menjadikan MN ‘punching bag’ mengugut PAS apabila dijawab oleh PAS walaupun secara lunak.

“Ini kelihatan politik anak manja yang bukan patut ada pada sebuah parti tua,” katanya dalam satu kenyataan di hantaran Facebook hari ini.

Adnan berkata UMNO sepatutnya sedar diri dengan tindakan mereka yang memutuskan kerjasama dalam MN di Kelantan dan Terengganu walaupun PAS tidak pernah menyerang mereka.

“Ketiganya, UMNO seolah-olah melupakan kesemua kenyataan UMNO Terengganu dan Kelantan terhadap PAS di mana PAS tidak pernah menyerang dan memperlekeh UMNO di negeri pentadbiran PAS.

“Di mana waras UMNO semasa memutus hubungan dengan PAS di dua buah negeri berkenaan?” katanya lagi.

Pada Sabtu, Sanusi berkata sekiranya banyak kerusi yang dimenangi UMNO maka negara dan pentadbiran kerajaan negeri akan menjadi tidak stabil kerana mereka sibuk berebut kuasa dan boleh sesuka hati mengadakan pilihan raya seperti yang berlaku di Melaka dan Johor.

Satu-satunya formula untuk memastikan kestabilan politik negara dan seluruh negeri adalah dengan memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi sedikit sahaja kerusi, katanya.

“Formula mudah untuk melihat kestabilan politik di Malaysia dan di negeri-negeri seluruh negara…Formulanya ialah bila kerusi UMNO kurang, sangat-sangat kurang sehingga kalau dia (UMNO) tarik diri pun kerajaan tak tumbang itu lah formula mewujudkan kestabilan politik di Malaysia.

“Formulanya ialah dan saya sedar bila saya datang ke Johor ini… Kena kerusi UMNO sikit baharu aman kalau banyak kacau.

“Tuan-tuan tengok di Melaka, banyak kerusi dia (UMNO)… Akhirnya, dia das kawan dia sendiri (tumbangkan kerajaan sendiri) sehingga tumbang kerajaan Melaka.

“Kerusi dia (UMNO) disini Johor banyak juga, tumbang kerajaan negeri apabila dia (UMNO) sendiri tumbangkan buat PRN (Pilihan Raya Negeri) disaat rakyat kesusahan,” katanya semasa pelancaran jentera Pemuda Perikatan Nasional di Batu Pahat.

Sanusi menegaskan langkah mengadakan PRN Johor tidak diperlukan walhal diperingkat kerajaan pusat, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob boleh mengadakan Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) dengan pembangkang untuk mewujudkan kestabilan politik.

“PRN tidak diperlukan, diperingkat pusat UMNO memimpin boleh buat pula CSA dengan pembangkang.

“Tandatangan perjanjian dengan pembangkang, boleh… Pasal apa di Johor tidak boleh? Kerana di Johor bukan untuk mewujudkan kestabilan tapi tujuan PRN Johor adalah untuk menambah kerusi UMNO dalam Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya lagi.

Menurut Sanusi, apabila UMNO memenangi banyak kerusi mereka boleh membuat keputusan sesuka hati mereka.

“Bila banyak kerusi, dia (UMNO) boleh tendang orang lain keluar… Itu sahaja,” katanya lagi.

Susulan kritikan tersebut, pemimpin UMNO termasuk Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membalas kritikan tersebut sebagai tidak wajar, malah menafikan UMNO menjadi punca politik negara tidak stabil.

Berita berkaitan
UMNO Terengganu berkempen untuk calon sendiri, bukan PAS
14 jam lalu· Politik
Semoga sempat bentang sebelum bubar, kata Ketua Pemuda PAS
17 jam lalu· Politik
Tiada keputusan dicapai dalam pertemuan Hadi dan Zahid, kata Muhyiddin
September 27, 2022· Politik
Hadi dan Muhyiddin bertemu dua jam bincang perkukuh PN
September 27, 2022· Politik
Popular
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
September 28, 2022
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
September 28, 2022
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
September 28, 2022
Semoga sempat bentang sebelum bubar, kata Ketua Pemuda PAS
September 28, 2022
Lagi Politik terkini
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
5 jam lalu · Politik
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
9 jam lalu · Politik
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
10 jam lalu · Politik
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
12 jam lalu · Politik
BN musuh Bersatu: Lihat kenyataan Muhyiddin dari sudut politik, PRU
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok