Pemuda PAS ingatkan Zahid jangan khianati sahabatnya sendiri Ismail Sabri

June 13, 2022 · Politik

Pemuda PAS menegur dan mengingatkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak mengkhianati sahabatnya yang juga Naib Presiden parti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia Nazir Helmi turut mengingatkan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu supaya menumpukan perhatian yang lebih terhadap kes mahkamah yang sedang dihadapinya.

“Pemuda PAS juga ingin menegur dan memberi peringatan kepada Datuk Seri Zahid Hamidi agar mengeluarkan kenyataan dalam keadaan sedar.

“Adalah lebih baik Datuk Seri memberi fokus yang lebih dalam menguruskan kes mahkamah yang sedang dihadapi. Pemuda PAS melihat cadangan untuk berehat seketika yang pernah dibuat dahulu wajar dipertimbangkan semula oleh Datuk Seri Zahid Hamidi.

“Sebagai presiden UMNO, Pemuda PAS menasihatkan Dato Seri agar mencontohi PAS yang memberi keyakinan kepada Ismail Sabri dan barisan Kabinet dalam mengemudi negara dalam keaadan penuh ketidakstabilan ini.

“Jangan khianati sahabat Datuk Seri sendiri yang juga Naib Presiden UMNO,” kata Nazir dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Zahid bahawa Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang takut kehilangan kerusi sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 disegerakan.

“Mungkin kalau pilihan raya (diadakan) cepat, beliau khuatir partinya akan hilang kurang daripada 18 kerusi Parlimen sedia ada,” kata Zahid sebelum ini.

Mengulas lanjut, Nazir berkata kenyataan yang dikeluarkan Zahid itu adalah kosong dan tidak berasas.

Katanya, Pemuda PAS memandang bahawa semua pucuk pimpinan parti di Malaysia wajar memberi fokus dalam mengukuhkan kerjasama antara semua pihak serta menjulang prinsip ‘agree to disagree’ dalam mendepani keadaan ekonomi domestik dan global yang masih kurang stabil.

Maka, Pemuda PAS melihat ini lah masa yang terbaik untuk mengukuhkan semula penyatuan ummah. Pemuda PAS menegaskan pendirian kami bahawa aspek kebajikan rakyat dan kesejahteraan negara sentiasa menjadi fokus utama parti.

“Hal ini termasuklah mengambil kira pandangan rakyat agar tidak mengadakan PRU dalam tempoh terdekat dalam keadaan ekonomi rakyat semakin tertekan.

“Pemuda PAS menyeru seluruh parti politik Malaysia khususnya parti Melayu Islam agar menumpukan perhatian terhadap isu rakyat seterusnya menggerakkan usaha yang ampuh untuk membantu rakyat,” katanya.

Berita berkaitan
Zahid sepatutnya berundur, jadi perosak kestabilan negara: Wan Saiful
9 jam lalu· Politik
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
9 jam lalu· Politik
Penganggur didakwa bunuh teman wanita berusia 16 tahun
10 jam lalu· Isu semasa
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
10 jam lalu· Isu semasa
Popular
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
July 4, 2022
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
July 4, 2022
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
July 4, 2022
Selepas audit forensik undian Rafizi disahkan timbalan presiden PKR
July 4, 2022
Lagi Politik terkini
Selepas audit forensik undian Rafizi disahkan timbalan presiden PKR
4 jam lalu · Politik
Sultan Selangor nasihat pemimpin politik Melayu hentikan perbalahan
6 jam lalu · Politik
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
10 jam lalu · Politik
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
15 jam lalu · Politik
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok