Pemuda DAP kongsi kesedihan kemungkinan UMNO bakal diharamkan

April 5, 2021 · Politik

Kemelut dalaman yang melanda UMNO mendapat perhatian Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Howard Lee yang berkongsi kesedihan kemungkinan parti lawannya itu akan diharamkan.

Lee, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji mendakwa terdapat rancangan untuk mengharamkan UMNO pada Jun nanti bertujuan untuk memecahbelahkan parti tersebut, malahan rakan komponen mereka MIC dan MCA juga sudah menunjukkan sikap mereka.

“Sesuatu yang besar nampaknya sedang dalam perancangan iaitu nyahdaftar UMNO oleh Pendaftar Pertubuhan yang dijangka selesai dalam bulan Jun.

“Ada yang berpandangan bahawa kedudukan UMNO tidak akan terjejas kerana mereka masih mempunyai Barisan Nasional (BN) yang boleh digunakan kelak. Namun, sejauh mana pandangan ini benar?

“Langkah ini-tidak lain dan tidak bukan-hanyalah suatu krisis epik yang direkayasa hanya untuk mencetuskan rombakan ke atas keseluruhan lanskap politik orang Melayu. Kebarangkaliannya lebih tinggi bila mana MCA dan MIC kelihatan lebih rela berlaga pipi bercium mulut dengan pemain kuasa dari Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lee tidak menolak kemungkinan UMNO akan berseorangan dalam BN sekiranya parti komponen satu persatu meninggalkan gabungan tersebut dan akan menyebabkan mereka terkontang-kanting yang kemudiaannya akan diharamkan.

“BN hanya tinggal empat parti sekarang ini, dan sekiranya UMNO ditinggalkan lagi sendirian terkontang-kanting; maka, sudah tentu, BN juga bakal dinyahdaftar.

“Jadilah ahli-ahli parlimen dan pucuk pimpinan mereka seperti gelandangan, tiada lagi rumah yang selesa untuk berteduh,” ujarnya.

Beliau juga berkata UMNO kini sedang diserang samaada musuh dalaman mahu pun dari luar.

“UMNO kini sedang dimamah dari dalam dan dari luar,” ujarnya.

Kemelut yang melanda UMNO ini adalah berpunca daripada keputusan mereka sendiri yang bersekongkol dengan pengkhianat dan kini mereka akan dikhianati oleh orang mereka sendiri, kata Lee.

“Sememangnya UMNO tidak berhak atau layak untuk mendapat simpati dari mana mana pihak.

“Merekalah yang memilih untuk bersekongkol dengan yang punya sejarah mengkhianati orang, dan bakal mengkhianati mereka. Tetapi, pertama kali saya dapat menyatakan bahawa saya berempati,” katanya.

Berita berkaitan
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
8 jam lalu· Politik
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
8 jam lalu· Politik
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
11 jam lalu· Isu semasa
Anwar akhirnya akuiĀ  ada SD Najib sokong jadi PM, Tajuddin bercakap benar
12 jam lalu· Politik
Popular
Anwar akhirnya akuiĀ  ada SD Najib sokong jadi PM, Tajuddin bercakap benar
June 30, 2022
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
June 30, 2022
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
June 30, 2022
Tajuddin sukar pertahan Pasir Salak tanpa sokongan UMNO: Pakar politik
June 30, 2022
Lagi Politik terkini
Bersatu beri sokong kuat kepada PM tangani inflasi, kos sara hidup rakyat
8 jam lalu · Politik
Dr Mahathir mungkin bertanding semula di Langkawi jika tiada pengganti
16 jam lalu · Politik
DAP bidas Shafie tak berprinsip kerana mahu kerjasama dengan parti menang
16 jam lalu · Politik
Tajuddin sukar pertahan Pasir Salak tanpa sokongan UMNO: Pakar politik
18 jam lalu · Politik
Zahid, cikgu dan Najib dicabar bersumpah pendedahan Tajuddin
June 29, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
6 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok