Pemuda DAP kecam cadangan AMK mahu guna logo PKR

June 5, 2021 · Politik

Pemuda DAP tidak akan menerima cadangan untuk menggunakan logo PKR pilihan raya umum (PRU) yang akan datang, ia susulan gesaan daripada sayap pemudanya, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam Kongres Nasional hari ini.

Ketua Pemudanya, Howard Lee Chuan How berkata cadangan daripada Ketua AMK Akmal Nasir tersebut adalah tidak wajar dan menegaskan hanya logo rasmi Pakatan Harapan (PH) sahaja akan digunakan dalam PRU nanti.

“Logo pilihan Dapsy dalam menghadapi PRU yang akan datang ini adalah, tidak lain tidak bukan, logo PH,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga mengkritik Akmal yang disifatkan tidak menghormati rakan komponen lain dalam PH.

“[…] Cadangan ini sememangnya – tanpa kira apa-apa niat di sebaliknya – adalah sesuatu yang tidak wajar serta mempunyai nada untuk mengkhianati para penyokong serta parti-parti komponen PH.

“Kami tidak boleh terima retorik ini yang boleh memutuskan silaturahim, mencacatkan persaudaraan, dan membunuh kesepakatan antara pendukung Pakatan Harapan; dan cadangan ini adalah suatu contoh yang mengundang ke arah pemecahbelahan itu.

“Penggunaan PH tidak diharamkan, tidak dilarang pemakaiannya, dan masih disokong oleh para penyokong dan rakyat majmuk Malaysia,” katanya lagi.

Beliau juga mempersoalkan tindakan AMK yang membangkitkan isu penggunaan logo PKR walhal sudah dipersetujui secara konsensus bahawa logo rasmi gabungan tersebut adalah logo PH.

“Mengapa barisan calon PH beriya sangat hendak menggunakan logo PKR sedangkan logo PH masih ada? Apa gunanya kekal nama dan wadah PH itu sekiranya lambang PKR pula yang diguna ganti?” tegasnya.

Terdahulu semasa Kongres AMK tadi, Akmal berkata, usul untuk menggunakan logo PKR bagi mewakili PH dalam PRU-15 itu dibuat bagi menggembleng kekuatan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada PH.

Berita berkaitan
Projek ECRL di Taman Negeri Selangor ikut garis panduan, kata MRL
12 jam lalu· Isu semasa
Tindakan beku akaun Bersatu, DAP paling suka lihat parti Melayu ditindas?
February 5, 2023· Politik
Dilabel ‘tong sampah’, Zahidi kini mahu masuk Amanah pula
February 5, 2023· Politik
Armada cabar juga PKR dan DAP dedah perbelanjaan mewah semasa berkempen
February 4, 2023· Politik
Popular
Bersatu desak SPRM siasat belanja PH, BN susulan dakwaan Raja Petra
February 6, 2023
Khairy pulang kepada UMNO jika pemimpin bertukar, bukan lagi Zahid
February 6, 2023
Noraini tak dipaksa lepas kerusi Ketua Wanita UMNO: Setiausaha
February 6, 2023
PDRM bukan ‘polis moral’, kata MP DAP isu wanita pakai seluar pendek
February 5, 2023
Lagi Politik terkini
Tiga ADUN Warisan keluar parti sokong Hajiji yang mendapat sokongan PM
7 jam lalu · Politik
Anwar pertahan pelantikan anak, bidas individu beri kroni kontrak
7 jam lalu · Politik
Noraini tak dipaksa lepas kerusi Ketua Wanita UMNO: Setiausaha
8 jam lalu · Politik
PRU-15: Anwar dakwa 31% Melayu undi PH, bukan 19 peratus
8 jam lalu · Politik
Bersatu desak SPRM siasat belanja PH, BN susulan dakwaan Raja Petra
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok