Pemuda Amanah tidak ada masalah PH bekerjasama dengan MUDA

September 16, 2022 · Politik

Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) mahu pucuk pimpinan parti mengutamakan kerusi ‘gred A’ atau kerusi ‘boleh menang’ diberikan kepada sayap itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Hasbie Muda berkata sayap itu menuntut agar kerusi yang diagih perlulah setanding dengan kerusi yang diberikan kepada rakan politik lain iaitu bersifat boleh menang (winnable), lapor Bernama.

“Ada rakan sebut kekecewaan, parti lebih mudah melepaskan kerusi gred A kepada rakan, kepada sayap pemuda sendiri kerusi ‘national service’ sahaja diberikan. Jadi Pemuda nak kerusi yang sama.

“Ada kepimpinan Pemuda kena ‘tebas lalang’ dulu (kalau nak bertanding), kawan-kawan (rakan politik) terus masuk je, tak payah tebas lalang, ini kita rasa pelik sikit,” katanya ketika menyampaikan pidato pada Konvensyen Pemuda Amanah Nasional sempena Konvensyen Amanah 2022 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Hasbie berkata Pemuda Amanah juga mengalu-alukan sebarang kerjasama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), namun menyerahkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk membuat keputusan.

Beliau berkata sayap itu menerima apa sahaja keputusan sama ada penyertaan MUDA ke dalam PH sebagai sebahagian parti komponen atau kerjasama strategik.

Mohd Hasbie juga mahu seluruh sayap dalam PH terus menggembleng usaha menarik undi golongan muda pada PRU15 nanti dan usaha itu tidak seharusnya dipertanggungjawabkan ke atas sayap Pemuda sahaja.

Sementara itu, Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar sewaktu ditemui pemberita selepas merasmikan konvensyen itu berkata pucuk pimpinan parti akan menambah kerusi untuk golongan muda parti itu pada PRU15 nanti.

“Kita juga akan pastikan kerusi yang ‘winnable’ diberikan kepada mereka,” katanya.

Berita berkaitan
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
June 1, 2023· Politik
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023· Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
May 29, 2023· Politik
Cabaran BN-PH kekal prestasi PRN 2018 : Merdeka Centre
May 28, 2023· Politik
Popular
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
June 9, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
6 jam lalu · Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
10 jam lalu · Politik
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
10 jam lalu · Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
12 jam lalu · Politik
Tiada masalah DAP beri jawatan Exco kepada UMNO jika menang PRN, kata KM Pulau Pinang
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
15 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok