Pemotongan peruntukan kepada MP perlu dikaji semula, kata Menteri Kerja Raya

February 6, 2023 · Politik

Keputusan kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) memotong peruntukan Ahli Parlimen (MP) perlu dikaji semula, kata seorang menteri Kabinet.

Walaupun Perdana Menteri memberi alasan penjimatan untuk memotong peruntukan, namun Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata ia adalah langkah mengejutkan dan meminta jika boleh perlu dikaji semula keputusan tersebut kerana kawasan pendalaman bakal terjejas teruk.

“Sudah tentu peruntukan itu tidak mencukupi dan akan memberi cabaran lebih besar kepada saya dalam mengurus tadbir kepelbagaian keperluan penduduk dan penambahbaikan infrastruktur di kawasan yang amat diperlukan oleh rakyat.

“Kebanyakan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak juga berada jauh di pedalaman yang tentunya amat bergantung kepada peruntukan itu,” katanya dipetik laporan BH.

Nanta yang juga MP Kapit, sebuah kawasan pendalaman di Sarawak dengan cabaran geografi dan luas kawasan menyamai keluasan negeri Pahang.

Nanta berkata, peruntukan sebelum ini banyak membantu MP untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat secara lebih efisien dengan bantuan dapat disalurkan secara langsung dan pantas tanpa perlu melalui pelbagai proses di peringkat pejabat daerah dan jabatan kerajaan.

“Peruntukan itu yang disalurkan ke Pusat Khidmat juga menjadi ‘one-stop centre’ bagi disalurkan kepada penduduk di kawasan yang memerlukan bantuan dengan kadar segera.

“Tidak terhad kepada penduduk di kawasan pedalaman, peruntukan itu juga besar manfaatnya kepada penduduk bandar dan pinggir bandar,” katanya lagi.

Nanta mengakui terkilan dengan keputusan dibuat kerajaan campuran dan berharap peruntukan dapat ditingkatkan bagi memenuhi keperluan rakyat di kawasan.

“Justeru, kerajaan perlu mengambil langkah lebih proaktif bagi menangani kekangan itu dan saya walaupun merasa sedikit terkilan, terpaksa menerima ketetapan ini dan berharap peruntukan ini akan dipertingkatkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

“Ini tidak lain hanyalah bertujuan untuk memastikan rakyat dapat dibantu dengan sebaiknya selari dengan hasrat Malaysia Madani,” katanya lagi.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kerajaan memotong peruntukan pembangunan untuk MP daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok