Pemimpin utama UMNO tak ucap tahniah genap setahun Ismail Sabri jadi PM

August 21, 2022 · Politik

Tiada ucapan tahniah daripada pemimpin atasan UMNO yang diberikan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas setahun dilantik menjadi Perdana Menteri (PM) kesembilan hari ini (21 Ogos 2022).

Semakan Agenda Daily dalam akaun media sosial Facebook pemimpin utama UMNO, antaranya Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan, bekas PM Datuk Seri Najib Razak, Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Pemuda, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, tidak ada satu ucapan tahniah yang dimuat naik dalam status di akaun mereka.

Hari ini, genap setahun pentadbiran Ismail Sabri selepas peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM kelapan pada tahun lalu.

Dalam kalangan “Top 4” pemimpin atas UMNO, didapati hanya Naib Presiden Datuk Seri Mahdzir Khalid sahaja yang mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri sempena setahun menjadi PM.

“Setahun sudah berlaku, yang pasti Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah berjaya mengembalikan keyakinan rakyat dan Keluarga Malaysia terhadap kepimpinan UMNO dan BN serta membawa kestabilan politik dimensi baharu yang dinamik.

“Jiwa anak kampungnya mampu menyelami dan memahami keluh kesah seluruh lapisan masyarakat.

“Penuh kerendahan hati dan budi dicurah dan ditumpahkan untuk Keluarga Malaysia keseluruhannya. Kekal tenang walau diasak pelbagai tohmahan. Syabas dan Tahniah diucapkan sempena setahun memimpin Keluarga Malaysia, Teguh Bersama,” katanya dalam ucapan di akaun Facebook.

Setakat semakan jam 12 tengahari, belum ada mana-mana pemimpin utama UMNO yang dinamakan diatas tidak mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri.

Sementara itu dalam wawancara bersama pengamal media sempena genap setahun menjadi PM, Ismail Sabri seakan memberi bayangan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) tidak akan diadakan dalam masa terdekat ekoran pelbagai isu yang terpalit dengan UMNO seperti skandal kapal tempur pesisir pantai (LCS).

Kenyataan tersebut dilihat bertentangan dengan desakan dibuat oleh Zahid semalam yang menegaskan supaya PRU-15 diadakan dengan segera jika tidak mahu melihat UMNO-Barisan Nasional (BN) kalah selepas ini.

Berita berkaitan
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
18 jam lalu· Politik
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
19 jam lalu· Politik
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
19 jam lalu· Politik
PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 bakal jadi kenyataan, PM setuju arahan Presiden?
21 jam lalu· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
4 faktor Agong boleh tolak nasihat PM bubar Parlimen: Pensyarah
October 1, 2022
Ini sebab mengapa UMNO, BN pilih PRU-15 musim tengkujuh, banjir
October 1, 2022
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
October 1, 2022
Lagi Politik terkini
‘Top 5’ UMNO kumpulan oligarki, kata Ahli Parlimen pembangkang
7 jam lalu · Politik
Warisan mula serang DAP, PKR: Shafie dakwa janji PH tak ditepati
7 jam lalu · Politik
Santhara, Xavier sertai PBM
9 jam lalu · Politik
Rakyat digesa mohon Agong tidak perkenan bubar Parlimen tahun ini
9 jam lalu · Politik
Ini sebab mengapa UMNO, BN pilih PRU-15 musim tengkujuh, banjir
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok