Pemimpin UMNO tiba di kediaman rasmi PM, bincang kes Najib?

August 22, 2022 · Politik

Spekulasi semakin panas susulan laporan beberapa pemimpin utama UMNO yang sudah tiba di kediaman rasmi Perdana Menteri Komplek Seri Perdana.

Laporan Utusan Malaysia mendedahkan delegasi pemimpin UMNO itu dihantar sebagai membawa utusan yang diputuskan dalam mesyuarat tergempar Ketua-Ketua Bahagian yang dipanggil oleh Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pagi tadi.

Pelbagai khabar angin semakin bertiup kencang memandangkan mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian itu diadakan menjelang perbicaraan terakhir kes SRC International Sdn Bhd melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak esok.

Laporan portal itu juga mengesakan pertemuan antara pemimpin-pemimpin itu akan berlangsung kira-kira pukul 8 malam.

Antara terawal yang tiba di rumah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah kenderaan milik Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Difahamkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bersama Naib Presiden, Datuk Seri Khaled Nordin juga bakal bertemu Ismail Sabri.

Sementara itu, sumber juga memberitahu berkemungkinan isu yang akan dibangkitkan adalah meminta bantuan segera bagi membantu kes perbicaraan Najib esok.

Najib kini dilihat terdesak menjelang perbicaraan terakhir di Mahkamah Persekutuan esok dan jika didapati bersalah akan terus dibawa ke penjara untuk menjalani hukuman.

Terdahulu, Zahid dilaporkan memanggil semua Ketua Bahagian UMNO hadir pada satu pertemuan khas pagi tadi, membincangkan satu perkara yang sangat penting demi masa depan parti.

Berdasarkan surat jemputan yang tular di media sosia, pertemuan itu berlangsung mulai jam 11 pagi di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, semua mata akan tertumpu kepada Mahkamah Persekutuan esok (Selasa, 23 Ogos 2022) kerana ia masih belum dapat dipastikan sama ada peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik akan berpegang teguh kepada pendiriannya untuk tidak membuat sebarang penghujahan dalam rayuan terakhir berhubung sabitan hukuman kes SRC International.

Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 berhubung hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib.

Najib telah didapati bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Berita berkaitan
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
9 jam lalu· Politik
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
11 jam lalu· Politik
Kritik Rafizi, PKR persoal tahap pemikiran Puad yang mahukan populariti saja
16 jam lalu· Politik
Ayuh penyokong kerajaan Madani pertahankan Rafizi diserang UMNO, sindir Fadhli
17 jam lalu· Politik
Popular
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
June 1, 2023
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
June 1, 2023
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
June 1, 2023
Lagi Politik terkini
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
9 jam lalu · Politik
Gelombang PN tak padam, dijangka kekal dalam PRN: Tuan Ibrahim
10 jam lalu · Politik
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
13 jam lalu · Politik
Saman RM150 juta Dr Mahathir, sampai masanya PMX dedah bukti enam kotak?
16 jam lalu · Politik
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok