Pemimpin UMNO nak selamatkan diri daripada kes mahkamah: Anwar

November 13, 2022 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendedahkan beliau diminta menyelamatkan beberapa pemimpin UMNO yang mempunyai kes mahkamah sekiranya mahu menjadi Perdana Menteri.

Permintaan itu dibuat pemimpin UMNO, termasuk 15 Ahli Parlimen parti itu yang memberi sokongan kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri kesembilan, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketika negara mahu melantik Perdana Menteri kesembilan setelah Muhyiddin meletak jawatan pada 16 Ogos 2021, Anwar mendakwa memperoleh sokongan 120 ahli Parlimen, termasuk 15 daripada UMNO.

Ketika itu, dua pemimpin atasan UMNO dan Barisan Nasional (BN) – Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – sedang berdepan puluhan tuduhan jenayah, termasuk menerima rasuah.

“Ini disebabkan UMNO menetapkan syarat kalau saya nak jadi Perdana Menteri, saya kena selamatkan dulu kes mahkamah pemimpin mereka. Kalau saya ketagih sangat nak jadi Perdana Menteri, mesti saya dah tandatangan dokumen itu,” kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, menurut laporan BHOnline.

Anwar yang pernah menjadi Timbalan Presiden UMNO berkata demikian ketika berceramah di Majlis Kenduri Rakyat di Kampung Mengkuang Layar, Tambun Tulang, Arau, hari ini (13 November 2022).

Untuk rekod, sebelum ini Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Gerakan Tanah Air Tun Dr Mahathir Mohamad, mendedahkan rancangan UMNO akan bekerjasama dengan PH selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika gabungan kedua-dua parti itu boleh membentuk kerajaan campuran.

Pada majlis itu, Anwar menafikan beliau terlalu mengejar jawatan Perdana Menteri.

“Tiada sebab saya terlalu mengejar jawatan Perdana Menteri sekiranya PH berjaya memerintah negara. Ramai cakap saya gila nak jadi Perdana Menteri sedangkan semua orang tahu kalau saya nak jawatan itu, sejak 1999 lagi saya dah boleh jadi Perdana Menteri.

“Bukan susah pun, cium sahaja tangan orang tua itu (Tun Dr Mahathir Mohamad), selesailah.

“Namun, bukankah 15 Ahli Parlimen UMNO sebelum ini turut nyata sokongan kepada saya untuk jadi Perdana Menteri dan mereka turut mempersembahkan perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
2 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
3 jam lalu· Politik
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
8 jam lalu· Isu semasa
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
8 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
2 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
7 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
8 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
9 jam lalu · Politik
Jangan jadi Kerajaan Pak Pandir: Dewan Ulamak PAS tegur Anwar
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok