‘Pemimpin UMNO jangan ‘kerumun’ PM, buang perangai lama’

August 24, 2021 · Politik

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad mengingatkan pemimpin UMNO supaya membuang perangai lama yang akan mengundang kemarahan rakyat, susulan viral konvoi Perdana Menteri melawat Kedah semalam.

Beliau berkata pemimpin parti perlu menjaga imej Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan membuang imej lama dan tanggapan orang ramai apabila UMNO kembali berkuasa.

“Orang akan kata, UMNO berkuasa macam itulah. Itu yang saya tegur sikit, bukan saya jealous memang kita semua kena meraikan PM, tetapi bukan cara macam itu.

“Ini kerumun sampai begitu sekali, sampai jadi viral, ramai tak payah lah. Jagalah imej PM daripada UMNO jika kita nak tahan lama. PM tak salah, takkan PM hendak halau dan marah, tetapi kita kena tahu dan kita tolong jaga imej parti kita.

“Macam semalam, viral di Kedah sampai berpuluh buah kereta ikut (PM), dalam kapal terbang. Tidak mengapa, hendak ikut itu bagus tetapi ini imej lama,” katanya di Kota Bharu hari ini.

Menurutnya imej yang ditunjukkan seperti itu yang menyebabkan orang ramai marah kepada UMNO.

“Kalau sayang PM, jangan rosakkan imej beliau dan sama-sama jaga. Rakyat sedang memerhati.

“Lagipun, (saya) tidak suka dan tidak seronok tengok komen media sosial yang tak bagus.

“Dalam masa beberapa hari ini, dah jadi macam dulu-dulu dan sampai tiga batu ikut (konvoi kenderaan yang mengekori). Gembira dan meraikan PM itu bagus tetapi jangan berlebih-lebihan,” katanya.

Semalam, tular gambar di media sosial yang memaparkan pemimpin UMNO mengekori Ismail Sabri melawat lokasi banjir dan kepala air di Kuala Muda dan Yan, di Kedah sehingga menimbulkan situasi kurang senang dalam kalangan masyarakat.

Beberapa pemimpin UMNO juga dilaporkan menaiki pesawat kerajaan Malaysia bersama Perdana Menteri dalam kunjungan itu sehingga menimbulkan reaksi negatif pembangkang yang mengambil kesempatan untuk menempelak Ismail Sabri dan pemimpin UMNO.

Berita berkaitan
Ismail Sabri balas Mat Maslan, buat unjuran tanpa fakta semasa PRU-15
25 minit lalu· Politik
Pemuda UMNO tak paksa DAP minta maaf, kerjasama dengan PH masih kukuh: Akmal
44 minit lalu· Politik
Bekas ahli tak mahu subahat dengan pemimpin menyamak dan sucikan DAP
56 minit lalu· Politik
Tak ada salah Pemuda UMNO gesa DAP minta maaf: Tok Mat
5 jam lalu· Politik
Popular
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
June 10, 2023
Ahli UMNO berharap Najib dikeluarkan segera, kata Rosmah
June 10, 2023
Lagi Politik terkini
Ahli UMNO berharap Najib dikeluarkan segera, kata Rosmah
5 jam lalu · Politik
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
20 jam lalu · Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
23 jam lalu · Politik
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
24 jam lalu · Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
June 9, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Gombak Setia jadi perhatian Anwar Ibrahim
7 minit lalu
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok