Pemimpin terpalit kes rasuah tak perlu bertanding: Rasuah Busters

October 25, 2022 · Politik

Pertubuhan bukan kerajaan yang memerangi rasuah, Pasukan Rasuah Busters, berpendapat pemimpin politik yang terpalit dengan kes rasuah dan penyelewengan tidak perlu bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan.

Sehubungan itu, Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata pemimpin yang rekodnya sudah tercemar dan bermasalah sepatutnya berundur dan memberi peluang kepada mereka yang berintegriti dan jujur menggalas tanggungjawab membangunkan negara.

“Berilah peluang kepada negara ini untuk bangkit sekarang, bagilah peluang kepada anak cucu kita untuk mendapat kerajaan yang lebih baik,” katanya kepada Kompas Rasuah Busters Edisi Khas PRU-15 bertajuk Rakyat Adalah ‘Boskau’ disiarkan di platform digital Sinar Harian, hari ini (25 Oktober 2022.

Hussamuddin menjelaskan, pengunduran itu juga akan membuka ruang kepada lebih ramai pemimpin lain yang jujur, berintegriti, berwawasan, bijak dan mempunyai solusi untuk kembalikan negara ke landasan yang betul.

“Ini kerana kita tengok negara ini sudah semakin mundur dan berpecah-belah kerana wujudnya kerakusan dalam politik. Jadi ketika ini, kita mahu pemimpin-pemimpin generasi baharu yang mampu keluarkan kita semua daripada kegelapan ini,” katanya dalam wawancara itu tanpa merujuk kepada individu tertentu.

Untuk rekod beberapa pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta keluarga mereka sebelum ini didakwa di mahkamah kerana terlibat dalam kes jenayah, termasuk rasuah dan penyelewengan ketika memerintah negara sebelum 2018 lalu.

Antara mereka ialah Presiden UMNO sendiri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan 87 pertuduhan jenayah, termasuk rasuah melibatkan ratusan juta ringgit. Zahid telah diperintah membela diri terhadap tuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi dan keputusan kesnya dijangka diketahui awal Disember depan.

Kemuncak daripada penyelewengan dilakukan pemimpin UMNO dan BN, pemimpin idola mereka sendiri Datuk Seri Najib Razak kini menjalani hukuman penjara 12 tahun, selain didenda RM210 juta, setelah didapati bersalah dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Mengulas lanjut, Hussamuddin berharap rakyat menggunakan sepenuhnya kuasa sebagai pengundi dalam PRU-15 nanti untuk memilih calon yang bersih dan berintegriti.

Menurutnya, pendekatan terbaik dalam membuat pemilihan adalah dengan memilih calon dan bukannya parti.

Katanya pemilihan calon yang tepat amat penting kerana lazimnya orang yang dipilih sebagai ahli Parlimen dan menjadi menteri lebih berkuasa dalam parti masing-masing.

“Rakyat harus gunakan kuasa untuk memilih calon yang betul untuk transformasikan kerajaan dan sistem politik. Ini peluang terbaik memilih pemimpin negara yang seterusnya akan melahirkan ramai pemimpin baharu untuk generasi masa depan,” katanya.

Hussamuddin bagaimanapun bimbang jika ramai yang tidak keluar mengundi, calon yang rekodnya tercemar akan menang seterusnya menyebabkan ‘kerosakan’ yang dilakukan dalam tempoh lima tahun memimpin itu tidak lagi boleh diperbaiki.

Berita berkaitan
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023· Politik
Popular
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023
Pemimpin AMANAH gesa tukar ketua pembangkang, aura Anwar hilang
August 22, 2021
Lagi Politik terkini
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023 · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
12 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok