‘Pemimpin sendiri ada kes macam mana BN, PH nak lawan rasuah’

November 11, 2022 · Politik

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata masih ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang terlibat dengan rasuah.

Tanpa mendedahkan nama mereka, beliau mempersoalkan bagaimana pemimpin kedua-dua parti itu hendak menentang rasuah sedangkan pemimpin mereka juga terpalit dengan pertuduhan di mahkamah.

“Macam mana mereka nak menentang rasuah sebab pemimpin mereka pun turun naik mahkamah kerana pertuduhan rasuah. PH Melayu rasuah, Cina pun rasuah.

“Bagan, Muar nak bersih macam mana. Yang muda rasuah, yang tua pun rasuah. Tetapi calon-calon PN bersih daripada amalan rasuah. Tiada kes mahkamah melibatkan rasuah.

“Jika yakin, undi lah Perikatan Nasional,” katanya pada program ceramah Rakyat PN di Sungai Batu, Teluk Kumbar di Balik Pulau, Pulau Pinang, hari ini (11 November 2022), menurut Sinar.

Turut hadir, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff dan calon PN Parlimen Balik Pulau, Mohd Harris Idaham Mohd Rashid.

Ditemui media selepas itu, Azmin yang juga calon Perikatan Nasional bagi kerusi Parlimen Gombak, Selangor mengajak rakyat menghukum BN dan PH kerana tidak jujur dalam menyampaikan manifesto masing-masing.

Beliau berkata, BN dan PH sering kali melaungkan akan menubuhkan kerajaan bersih daripada rasuah, namun beberapa calon mereka sedang menjalani prosiding mahkamah kerana isu rasuah.

Menurutnya, pemimpin senior BN dan PH sepatutnya memberi laluan kepada tokoh muda sementara kes mereka sedang berjalan di mahkamah.

“Perkara itu telah dibuktikan dan ia bukan tuduhan palsu. Beberapa nama besar PH dan BN sedang berhadapan dengan pertuduhan di mahkamah. Sepatutnya mereka memberi laluan kepada tokoh-tokoh baharu sementara kes dibicarakan di mahkamah.

“Ia tidak memberikan satu gambaran yang baik dan positif mereka akan membentuk kerajaan yang bersih, stabil serta tidak rasuah. Mana mungkin ia boleh berlaku jika calon mereka sendiri sedang berhadapan dengan pelbagai pertuduhan di mahkamah,” katanya lagi.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PN berkata, rakyat kini cukup matang untuk menilai gabungan yang benar-benar ikhlas dan mampu membentuk kerajaan yang kuat dan stabil.

“Saya serahkan kepada rakyat untuk menghukum PH dan BN yang tidak jujur dalam menyampaikan manifesto mereka kepada rakyat.

“Saya juga percaya rakyat hari ini cukup matang, pengundi di Pulau Pinang matang dan dapat menilai siapakah gabungan yang benar-benar ikhlas dan mampu membentuk kerajaan yang kuat, stabil, prihatin serta bersih iaitu PN,” jelas beliau.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
10 jam lalu· Isu semasa
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
11 jam lalu· Politik
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
17 jam lalu· Isu semasa
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
21 jam lalu· Isu semasa
Popular
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
13 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
14 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
16 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
17 jam lalu · Politik
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok