Pemimpin PN berucap dalam hujan, bersama orang ramai basah kuyup

November 15, 2022 · Politik

Biar basah kuyup akibat hujan lebat, pemimpin-pemimpin kanan Perikatan Nasional serta calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) terus berdiri memberi ucapan di atas pentas separuh terbuka, sambil menolak diberikan payung.

Semua itu dilakukan untuk menghargai ratusan penduduk dan penyokong Perikatan Nasional, terutama anak muda, yang tidak berganjak dari tempat masing-masing biar pun hujan lebat ketika ceramah mega Perikatan Nasional di Taman Keramat di dalam kawasan Parlimen Gombak, malam tadi (14 November 2022).

Ini termasuk Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi penghormatan kepada penyokong parti itu kerana sanggup berhujan untuk kekal mendengar ucapan pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional.

“Inilah hujan rahmat. Saya dapat lihat anda semua tidak berganjak, walaupun dilanda ribut, untuk memastikan kemenangan Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 ini,” katanya.

Ketika memberi ucapan, Muhyiddin juga menolak payung yang ditawarkan kepadanya, mengatakan dia mahu berdiri bersama-sama dengan orang ramai.

Terdahulu, hujan renyai bertukar lebat ketika beberapa pemimpin Perikatan Nasional dan calon, mula berucap kira-kira jam 8 malam.

Melihat kepada penyokong yang tidak berganjak, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man juga tidak menggunakan payung ketika hujan semakin lebat dan memberikan ucapan di atas pentas terbuka.

Antara pemimpin lain termasuk Menteri Kanan Pendidikan kerajaan sementara yang juga Naib Presiden Bersatu dan calon Perikatan Nasional Parlimen Putrajaya Datuk Dr Radzi Jidin. Walaupun, ketika ucapannya hujan paling lebat, namun beliau juga tidak berganjak dan tetap bersama orang ramai.

Pemimpin lain yang turut berucap ialah Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga calon Perikatan Nasional kerusi Parlimen Gombak; dan calon Perikatan Nasional Parlimen Setiawangsa, Nurul Fadzilah Kamaluddin.

Berikut adalah pemimpin Perikatan Nasional yang sanggup berhujan bersama orang ramai dalam ceramah di Taman Keramat, malam tadi.

Hujan paling lebat ketika Datuk Dr Radzi Jidin berucap, malam tadi.

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Calon Perikatan Nasional Parlimen Setiawangsa, Nurul Fadzilah Kamaluddin.

Calon Perikatan Nasional Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Calon Perikatan Nasional Ampang, Sasha Lyna Abdul Latif.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Saya seleweng RM600 bilion?
7 jam lalu· Rencana
Bukankah Rafizi sendiri menentang PM jadi menteri kewangan sebelum ini?
December 4, 2022· Politik
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022· Isu semasa
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
1 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
3 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
4 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
5 jam lalu · Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok