Pemimpin PKR terkejut Anwar pilih ahli 2 minggu jadi calon PRU-15

October 28, 2022 · Politik

Pemimpin PKR mempertikaikan keputusan pemilihan ahli yang baharu menyertai parti dua minggu lalu menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ketua PKR Alor Gajah, Ginie Lim berkata pencalonan Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz yang diumumkan Presiden PKR kelmarin (26 Oktober 2022) mengejutkan ini susulan sebelum ini syarat yang ditetapkan untuk bakal calon pilihan raya mestilah menjadi ahli sekurang-kurangnya setahun.

“Sudah tentu, wujud situasi tertentu di mana seorang ahli profesional atau individu terkemuka (dicalonkan), tetapi masih penting (bagi calon) untuk mempunyai hubungan dengan akar umbi,” katanya memetik laporan FMT.

Beliau melahirkan kebimbangan calon segera seperti itu tidak diterima baik oleh pemimpin akar umbi.

“Ini mungkin menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan pemimpin tempatan di kawasan tertentu.

“Sebaik-baiknya calon mesti bekerja dengan akar umbi untuk tempoh tertentu supaya mereka tahu sentimen di lapangan sebelum bertanding,” katanya.

Noraishah yang menghidap Spina Bifida merupakan antara tujuh calon diumumkan Anwar namun kerusi yang akan ditandinginya masih belum disahkan.

Beliau antara individu yang memohon untuk menyertai PKR selepas parti itu membuka pencalonan kepada rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat.

Seorang lagi pemimpin PKR yang enggan dinamakan berkata proses pemilihan baharu boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli akar umbi berhubung kriteria pemilihan calon.

Katanya, sistem baharu dalam PKR yang membolehkan sesiapa sahaja memohon untuk menjadi calon, tidak dibincangkan secara panjang lebar dalam parti.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Wan Saiful kata Rafizi sudah hilang ingatan
December 6, 2022· Politik
Hantaran FB perkahwinan PH-BN, Saifuddin Nasution kini malu-malu pula
December 6, 2022· Politik
Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Rafizi kata boleh pula sekarang
December 6, 2022· Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
2 jam lalu · Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
2 jam lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
3 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
6 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok