Pemimpin penting diri, mahu kuasa punca UMNO berpecah-belah

September 15, 2022 · Politik

Tidak dapat dinafikan UMNO kini berpecah-belah kerana pemimpinnya telah menjadikan parti untuk kepentingan diri dan agenda mereka, kata bekas Timbalan Presiden Tun Musa Hitam.

Musa berkata walaupun ahli politik Malaysia secara amnya telah menjadi lebih mementingkan diri sendiri, sebahagian daripada UMNO asyik memastikan kedudukan mereka sendiri daripada mengutamakan kepentingan rakyat.

“Dalam politik ada jatuh bangunnya, saya tidak rasa UMNO akan kekal selama-lamanya hingga kiamat… itu tidak realistik.

“Perpecahan yang jelas bagi saya, ia berlaku. Terdapat perpecahan induk di kalangan UMNO sendiri, ia adalah proses demokrasi kerana masing-masing cuba untuk menaikkan nama dalam UMNO.

“Masing-masing menggunakan kedudukan mereka, kerana mereka mahu menaikkan diri dengan alasan untuk kepentingan parti. Tetapi bahagian diri sendiri adalah yang menguasainya sekarang,” katanya dipetik portal berita Astro Awani hari ini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata ahli politik sedemikian hanya mementingkan diri dan kuasa mereka sendiri, sehingga sanggup menyalahgunakan kedudukan mereka.

Menyedari bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 semakin hampir, Musa berkata beliau berharap pemimpin-pemimpin ini akan ingat untuk mengutamakan keperluan pengundi berbanding kemaruk kuasa semata-mata.

Musa juga melahirkan kebimbangan berhubung ketaksuban pengikut selain keegoan pemimpin yang sering beranggapan diri mereka betul sehingga menjadi antara menyebab mengapa parti politik di negara ini semakin banyak.

Perubahan landskap politik negara, kata Musa, jelas ketara selepas sistem demokrasi negara memberi kebebasan pada penubuhan parti politik.

“Mari kita pastikan setiap undian itu adalah rahsia, semua rakyat mempunyai hak untuk ekspresi pandangan mereka melalui kertas undi dalam menentukan siapa layak diberi mandat.

“Pastikan pilihan raya yang bebas, agar undi itu rahsia dan kita boleh melaksanakannya,” katanya.

Berita berkaitan
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
2 jam lalu· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Popular
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
ULANG SIAR: Biodata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
August 20, 2021
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Pernah kalah sebelum ini, Asyraf masih yakin dapat jadi calon pada PRU-15
October 28, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
2 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
2 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
22 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok