Pemimpin DAP sudah mula terima UMNO, kata Zahid

December 24, 2022 · Politik

DAP kini sudah menerima UMNO selepas berada bersama-sama dalam kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN).

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sejak berada dalam kerajaan bersama dan mula mengenali satu sama lain, kini DAP sudah menerima UMNO sebagai rakan baik dan tidak lagi bermusuhan seperti dahulu.

“Saya diberitahu (Ahli Parlimen Klang), V Ganabatirau kata nak mohon maaf kepada saya sebab sebelum ini beliau tidak kenal saya dan saya tahu beliau dalam ceramah serta di media sosial banyak tulis mengenai saya, UMNO, Barisan Nasional (BN) dan beliau memberitahu persepsi itu dahulu sebab beliau tidak mengenali saya.

“Jadi sekarang tiada lagi persepsi negatif yang menunjukkan kami dalam UMNO, BN tidak seburuk yang dikatakan.

“Sudah cukup-cukuplah kita berbeza pendapat,” katanya dipetik laporan BH.

Dalam pada itu, Zahid juga berkata sudah memaafkan semua pihak yang membuat tuduhan dan lantang mengkritiknya sebelum ini.

“Secara peribadi saya memaafkan mana-mana individu atau tokoh atau partiĀ atau organisasi yang tersilap.

“Kita maafkan sepenuhnya tetapi pesanan saya ialah jangan buat lagi,” katanya lagi.

Untuk rekod, Zahid membawa UMNO-BN untuk bersama dalam kerajaan campuran diketuai cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membelakangi ketetapan parti yang dibuat sebelum ini iaitu “No Anwar, No DAP”.

Sejurus berjaya membentuk kerajaan, Anwar pula melantik anak muridnya tersebut menjadi Timbalan Perdana Menteri walaupun menerima kritikan hebat kerana masih mempunyai kes pendakwaan di mahkamah.

Berita berkaitan
Kena jaga hati parti dalam kerajaan, PM ulas jika bekas ahli UMNO masuk PH
6 jam lalu· Politik
Nepotisme dan Kronisme: Bad Governance!
6 jam lalu· Politik
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
11 jam lalu· Politik
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
12 jam lalu· Politik
Popular
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
January 29, 2023
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
January 29, 2023
UMNO sekarang hanya menumpang orang untuk dapat jawatan: Ku Li
January 29, 2023
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
January 29, 2023
Lagi Politik terkini
Apa beza keluarga Anwar dengan Trump? soal Wan Fayhsal
4 jam lalu · Politik
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
11 jam lalu · Politik
Pembersihan UMNO hampir sama dengan langkah PKR pada 2020 pecat pemimpin sendiri
16 jam lalu · Politik
Lawan lempar tuduhan, hanya cubaan rosakkan imej PAS-PN
16 jam lalu · Politik
UMNO sekarang hanya menumpang orang untuk dapat jawatan: Ku Li
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ramai dah mula sedar, UMNO tak peduli orang Melayu
13 jam lalu
[VIDEO] Terserah kepada KJ sertai Bersatu
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok