Pemimpin BN banyak terpalit rasuah, tapi Zahid kata pengundi Johor beri isyarat positif

March 11, 2022 · Politik

Walaupun pemimpin Barisan Nasional (BN) banyak terpalit dengan kes rasuah dan dibicarakan di mahkamah, namun sebaliknya yang berlaku di Johor apabila pengundi memberi isyarat positif menyokong parti itu.

Keyakinan itu disuarakan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, trend sokongan kepada BN meningkat dan tidak memperlihatkan penolakan terhadap parti itu yang ramai pemimpinnya termasuk Zahid juga.

“Saya yakin jika trend (sokongan pada BN) ini diteruskan hingga jam 6 petang esok (hari ini), maka BN dengan tidak bersikap sombong, takbur, riak atau ujub, kita yakin dokongan rakyat yang memihak kepada BN akan beri kelebihan pada kita.

“Kita lihat pengundi Cina sudah beralih arah apabila mereka sedar pilihan dibuat pada calon kerajaan dulu menyebabkan perniagaan mereka tidak dapat diteruskan, pendidikan dan keselamatan juga terjejas.

“Peratus pengundi India juga meningkat dengan banyak, manakala pengundi Melayu walaupun ada tujuh penjuru atau sekurang-kurangnya tiga penjuru yang bertujuan memecahkan undi Melayu, kita yakin pengundi akan tetap memilih calon UMNO,” katanya hari ini.

Terdahulu, Zahid meninjau Bilik Gerakan MIC Negeri Johor, di sini, semalam. Hadir sama, Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah dan Timbalan Pengerusi BN Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Zahid juga mengulangi gesaan sama supaya pengundi tidak tertipu dengan janji palsu daripada kerajaan gagal.

“Saya gesa semua pengundi di Johor esok (hari ini) tetapkan hati, kita sudah lama sengsara, tertipu dengan janji palsu daripada kerajaan yang gagal.

“Ini masa sesuai untuk kita berubah menyokong BN supaya politik di Johor stabil dan menarik semula pelaburan,” katanya lagi.

Ditanya jumlah kerusi dijangka dimenangi BN berdasarkan sentimen positif itu, ]ahid berkata, apa yang penting BN melangkah ke garisan penamat dan dapat membentuk kerajaan baharu.

“Selebihnya kita akan usahakan. Apa yang penting adalah kita mahu dominan untuk mewujudkan kestabilan kerajaan di Johor selepas hari pengundian tamat esok,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Akar umbi tolak Anwar, tapi Presiden mahu pula: Ismail Mohamed
April 25, 2021
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok