Pemimpin atasan UMNO sekarang sudah ditolak: PAS

April 1, 2021 · Politik

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berpendapat kepemimpinan UMNO yang ada sekarang adalah mereka yang tidak lagi dikehendaki oleh rakyat Malaysia.

“Kita ambil kayu ukur pilihan raya sebelum ini, (PRU14), berlaku penolakan apabila UMNO dengan kepimpinan yang ada dan kepimpinan UMNO masih kekal. Kepimpinan yang ada ini kepimpinan yang telah ditolak baru-baru ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, UMNO perlu disusun semula supaya dapat kembali ke jalan asal dan pergi lebih jauh.

“Majoriti orang UMNO sama ada pimpinan dan ahli bawahan lebih suka parti itu bersama PAS dan Bersatu. Majoritinya nak kekal dalam tiga parti, kita harap suara ini akan mengubah keadaan, saya nampak segelintir saja yang tak setuju.

“UMNO ini kena susun balik. Kalau dia pergi dengan macam itu, pandangan saya dia tak boleh pergi jauh,” kata Timbalan Menteri Besar Kelantan itu sambil menegaskan usaha masih dilakukan untuk memulihkan hubungan UMNO dan Bersatu.

Beliau berpendapat, UMNO akan kehilangan lebih banyak kerusi jika bertanding sendirian menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti, berdasarkan penolakan pengundi pada PRU14.

“Saya jangka dengan keadaan yang ada hari ini UMNO akan hilang lebih banyak kerusi jika bertanding secara bersendirian. Sebab itu kita nak ketiga-tiga parti ini bersama, dan kita selesaikan isu-isu yang jadi pertikaian, kita cuba selesaikan setakat yang mampu,” katanya.

Mengenai Perikatan Nasional (PN), Mohd Amar berkata, PAS dan Bersatu akan mempertahan dan memperkukuh kerjasama dalam gabungan itu dan pada pasa sama meneruskan hubungan dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN).

“Sebab PAS melihat dari segi keperluan politik yang ada. Dalam tinjauan dan kajian yang kita buat tiada parti yang boleh berdiri sendiri,” katanya.

Berita berkaitan
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
3 jam lalu· Isu semasa
Tangguh pemilihan, UMNO kena tunggu keputusan RoS 16 Julai ini: Ismail Sabri
4 jam lalu· Politik
Isu Zuraida, Muhyiddin sudah berjumpa PM dan berbincang
9 jam lalu· Politik
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
9 jam lalu· Isu semasa
Popular
Mat Hasan nafi dakwaan Tajuddin, umpan jawatan PM supaya PRU awal
July 2, 2022
PM disekat daripada berucap pada Konvensyen BN Sabah esok?
July 1, 2022
Isu Zuraida, Muhyiddin sudah berjumpa PM dan berbincang
July 2, 2022
Tangguh pemilihan, UMNO kena tunggu keputusan RoS 16 Julai ini: Ismail Sabri
July 2, 2022
Lagi Politik terkini
Mat Hasan nafi dakwaan Tajuddin, umpan jawatan PM supaya PRU awal
10 jam lalu · Politik
PH tak desak PRU-15 disegerakan walaupun tamat MoU 31 Julai
11 jam lalu · Politik
BN perlu agresif dekati pengundi atas pagar, kata Mat Maslan
11 jam lalu · Politik
Fahmi bidas Asyraf tak sensitif kesusahan rakyat desak PRU awal
12 jam lalu · Politik
Ismail Sabri tolak desakan tarik balik pelantikan Tajuddin sebagai duta
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok