Pemimpin Amanah Kedah keluar parti, tak puas hati tunduk kepada DAP

December 1, 2022 · Politik

Tak berpuas hati kerana terlalu tunduk dengan DAP sehingga sanggup mengorbankan kerusi sendiri, pemimpin kanan parti Amanah bertindak keluar daripada parti sejak kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Tindakan pemimpin Amanah itu bermula susulan penyingkiran Pengerusi negerinya, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi sebelum bermula PRU-15 lalu kerana didakwa mensabotaj parti sendiri walaupun hanya mempertahankan suara akar umbi parti yang tidak mahu pemimpin atasan terlalu memberi muka kepada DAP.

Phahrolrazi berkata langkah itu diambil setelah parti tersebut dilihat tidak memberi sebarang maklum balas terhadap surat dihantar 12 Ketua Kawasan Amanah di negeri itu kepada kepimpinan parti di peringkat Pusat pada awal November lalu yang meminta supaya beliau kembali diterima sebagai ahli dan dikembalikan jawatan Pengerusi Amanah Negeri.

Seramai 206 ahli  parti Amanah terdiri daripada pimpinan serta aktivis yang aktif di negeri Kedah, mengambil keputusan meninggalkan parti itu sejak 29 November lalu.

Langkah itu antaranya turut disertai oleh Speaker Amanah Kedah, Kassim Mat Isa; Timbalan Speaker, Jamil Che Dan; Ketua Pemuda Negeri, Mohd Ridzwan Arshad Ahmad serta hampir seluruh kepimpinan Pemuda Amanah negeri.

Jelasnya, sebelum ini beliau pernah menyatakan bahawa tindakan memecat beliau dari parti akan memberi kesan kerana kemasukan mereka ke dalam Amanah untuk menubuhkan parti ini satu ketika dulu adalah secara kabilah atau ‘en bloc’ melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa).

Pengumuman keluar beramai-ramai itu diadakan di rumah Phahrolrazi Mohd Zawawi yang dipecat daripada parti itu pada 30 Oktober lalu.

Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu berkata, dijangkakan selepas ini ada lagi ahli kawasan yang akan berhenti, namun, hasrat itu ditangguhkan dahulu sementara hari pengundian Parlimen Padang Serai pada 7 Disember ini.

Pada 30 Oktober lalu, Amanah memecat Phahrolrazi daripada parti tersebut kerana didakwa melanggar Perlembagaan, mengingkari keputusan dan melakukan perbuatan bertentangan dengan kepentingan parti berikutan tindakannya membantah keputusan kepimpinan Amanah Pusat memberi laluan kepada DAP bertanding di Jerai.

Menyifatkan dirinya sebagai ‘kambing hitam’, Phahrolrazi turut mempersoalkan mengapa hanya beliau seorang yang dipecat sedangkan keputusan untuk membantah pemberian kerusi Parlimen Jerai itu kepada DAP merupakan keputusan mesyuarat perhubungan Amanah negeri.

Mengulas lanjut, Phahrolrazi berkata, selepas ini jejak langkah mereka itu dijangka akan dituruti ribuan ahli Amanah di negeri lain terutamanya di negeri-negeri yang memiliki ramai keahlian PasMa sebelum ini seperti di Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

“Selepas daripada ini saya akan berunding dengan beberapa parti tengok dulu dia punya keadaan dan sebab kita masuk secara ‘en block’ bila masuk secara ‘en block’, dia tidak boleh masuk macam individu perseorangan mestilah ada satu perundingan dibuat bagaimana memposisikan kumpulan kita.

“Ini kerana supaya parti yang menerima kita tujuannya untuk memperkuatkan (parti), kalau masuk dengan keadaan menjadi ahli biasa saya fikir tidak ada apa apa makna sebab mereka yang ada ini pimpinan mereka.

“Jadi perlu ada satu perundingan untuk mereka ini dapat membantu untuk memperkukuhkan parti itu terutamanya Pakatan Harapan (PH) dan yang penting untuk menghadapi pilihan raya negeri tak lama lagi,” ujar beliau lagi.

Berita berkaitan
Banjir landa Kedah selepas Johor dan Sabah
4 jam lalu· Isu semasa
PH juga berbelanja mewah siap sewa helikopter, kena adil dan disiasat juga: Marzuki
15 jam lalu· Isu semasa
Khairy masuk PKR mungkin Rafizi akan rasa tercabar: Zahidi
18 jam lalu· Politik
Amanah juga pertahankan lantikan Izzah, perlu diberikan peluang
18 jam lalu· Politik
Popular
Terdesak nak undi orang Melayu sehingga terpaksa calarkan imej Bersatu: Khairy
February 3, 2023
Khairy masuk PKR mungkin Rafizi akan rasa tercabar: Zahidi
February 3, 2023
Pembekuan akaun Bersatu ketika PRN semakin dekat berniat jahat: MB Perlis
February 3, 2023
Pertandingan dua jawatan tertinggi, Ismail Sabri kata tunggu keputusan RoS
February 3, 2023
Lagi Politik terkini
PKR Perlis label Zahidi sebagai ‘tong sampah’, gesa jangan terima
3 jam lalu · Politik
Pertandingan dua jawatan tertinggi, Ismail Sabri kata tunggu keputusan RoS
4 jam lalu · Politik
Pembekuan akaun Bersatu ketika PRN semakin dekat berniat jahat: MB Perlis
12 jam lalu · Politik
Sudah banyak kali jawatan Presiden, Timbalan Presiden tak dipertandingkan: Mat Maslan
18 jam lalu · Politik
Terdesak nak undi orang Melayu sehingga terpaksa calarkan imej Bersatu: Khairy
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok